Pages - Menu

25.11.13

Kisah Siapa Pengkhianat!? Ketua Kampung atau Penduduk Kampung?



Salam untuk semua,

Kisah seorang Ketua Kampung (KK) yang labelkan penduduknya sebagi pengkhianat kerana enggan membayar cukai...macam2 cukai penduduk kampungnya tak bayar. KK diangkat di kampung dengan cara penipuan kertas undi...disogoknya wakil pengundi dengan duit, beras, gula, galam, buah kelapa, kacang soya, kroni besar sikit dibuatnya jalan tar baru supaya mereka memberikan undi kepadanya untuk jawatan Ketua Kampung. Penduduk dah maklum sangat perangai KK di kampung tu, apa kan daya...masih ramai penduduk yang bodoh "kerana banyak sangat termakan semut".


"Siapa yang tak bayaq cukai, itu dia pengkhianat kampung kita...!" Dengan nada sombong, KK yang bersongkok setinggi 3 jengkal menggertak penduduk kampung sempena ucapan perasmian pusat pengumpulan padi yang baru. Beberapa orang anak muda songkok tinggi 2 jengkal, kroni besar KK tepuk tangan penuh semangat mendengar ucapan ketua mereka.

"Mangkuk ayun KK kita ni...dua tiga ekoq lagi pulun tepuk apa kejadah depa pun tak faham apa. Aku pagi petang turun "padang" dengan tulang empat kerat ni, dia senang saja dok bedai kita pengkhianat..." Bisik Pak Tam kepada bininya. Pak Tam sesekali terlepas bayar cukai jualan padi, musim tidak menentu hasil jualan tidak seberapa.

"Hang nak tau dak, bulan lepas aku p bayaq bil eletrik dan bil air rumah KK....dekat-dekat RM1000....KK ni berak kencing siram air satu kolam ikan ka? Berapa banyak lampu jamban dia sampai elektrik tara tu punya..." Pak Mail bisik pada Leman, anak saudara yang kuat menentang KK di kampung itu.

Masing-masing hanya mampu berbisik. Takutkan "orang menyamar" dok intip perbualan, maklumat dapat kepaada KK, bantuan baja padi subisidi disekat!!! KK yang tinggal disebuah rumah banglo besar di penghujung jalan kampung adalah hasil usaha pembinaan penduduk kampung setempat. Rumah yang tersergam khas untuk Ketua Kampung yang memegang jawatan.

"KK dah dok rumah free...naik kereta lembu, lembu pun orang kampung punya....naik kereta kuda, kuda pun orang kampung punya. Mai nak kutip cukai ikut dan lepas cakap ja..." Mak Senah beleter perlahan-lahan kepada Bedah dibawah sebatang pokok kelapa, tempat teduhan sambil telinga dan mata masih memberi perhatian kepada ucapan KK.


2 comments:

  1. Alahai Pak Mail, Kak Senah... kalau nak tahu saya dan suami saya lagilah pedih. Siap suami saya tutup terus tinggalkan ucapan tu sebaik laungan kata pengkhianat dilemparkan kepada yg tak membayar 'ufti' itu. Tahu tak bini KK Pak Mail/kak Senah tu makan angin guna kenderaan special. Nilai minyak pun boleh beli kampung Pak Mail/Kak Senah tau... saya pun pedih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minyak pelita ja mampu beli, itu pun minyak pelita naik dah skupang seliter.kih3.

      Delete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...