Pages - Menu

2.10.13

Laporan Audit Negara, sembang Kedai Kopi.


Laporan Audit Negara 2012 dah keluar, aku percaya ramai dah maklum pun...hampir semua akhbar tempatan siarkan berita yang hampir sama...yang kita tengok adalah ANGKA? Kebanyakkan ANGKA itu paparannya adalah RUGI/BAZIR/SALAH GUNA. Nilai ANGKA sudah terbit, kini nilai persepsi umum...

Kopi lebih mahal bro...

Majoriti cukup mengambil berat...tak puas hati, marah, caci maki,...aku jangkakan gelagat dan perasaan itu nanti terhenti apabila tiba di warung kopi...aku juga sama, marah, marah, sekajap ja...nanti dapat pekena kopi tarik kurang manis...terlupa sudah nilai berjuta-juta yang "dibakar" penguasa. Yang lebih nikmat, kopi bersama hiasan buih-buih itu juga....nilai berjuta itu, lesap...si marhaen macam aku, lebih risau nak bayar berapa harga baru kopi yang sedang dinikmati. "Kopi ni mesti naik paling kurang 15-20 sen..."

Nilai kopi lebih mahal bro! Nilai jutaan ringgit tak lebih sebagai hiasan kertas akhbar picisan "kelabu" berdakwat murah harga sekitar RM1.20....kopi tarik aku lagi mahal!

Audit Diri

Pesan Rasulullah, sebelum tidur..."audit" diri sendiri....muhasabah....siang tadi aku ada buat salah apa...petang tadi salah apa pula...taubat, berubah, hijrah...azam baru, esok aku nak jadi macam ni...bla2...begitulah rutin kita meng"audit" diri sepanjang malam. Itu pun kalau jujur dan telus. Kalau hati dah bagi "rasuah" kepada otak...maka, setiap hari "Aku lah paling pandai...akulah paling hensem, akulah paling cemerlang...akulah paling aman!" haha.

Kalau sepanjang malam kita audit, nampak kesalahan itu tetap sama...tak berubah juga dalam diri....nampaknya kita perlu tukar hati yang baru, buanglah hati lama yang sudah busuk, berulat, bernanah, penuh darah. Masih ada hati suci dan telus yang sudi...

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...