Pages - Menu

25.9.13

UMNO Sebuah Parti Islam? Ulama Dijemput Bersama UMNO



Golongan ulama dipelawa menyertai Umno bagi membantu memperkasakan imej Islam dalam parti itu. Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, ketika ini, imej Umno itu sendiri tidak mempotretkan Umno sebagai parti Islam. Perkara itu katanya secara tidak langsung telah menyebabkan golongan ulama tidak berani menghampiri Umno.- Sinar Harian, 25 Sept 2013

Salam untuk semua,

Aku nak ulas isu menarik UMNO perlu berubah kepada imej Islam. Mempotretkan UMNO sebagai parti Islam? Aku tau, puak pembangkang pasti memandang sinis. UMNO buat jenaka maharaja lawak apakah ini...? haha. Aku memandang secara serius perkara ini. Cadangan yang diutarakan cukup bernas. Cuma banyak hal UMNO perlu fikirkan semula...beberapa perkara aku boleh senaraikan kenapa UMNO akan terus gagal mendapat sokongan orang agama/pak ustaz, alim ulama:-

1. Parti UMNO sendiri yang jelas perjuangan dasar kebangsaan. Melayu! Aku tau Melayu itu Islam, tapi banyak Melayu Islam pada nama. Aku rasa tak perlu dihurai panjang lebar, cukup kalian lihat anak-anak Melayu sekarang. Bangga sejarah Melayu? haha. Sejarah mana? 20 tahun lagi sejarah Melayu jaguh pelbagai jenayah...

2. UMNO dan Rasuah. Ibarat kuku dan isi. Sukar dipisahkan. Seperti pernah dikhabarkan oleh seorang teman dari UMNO...."Peringkat cawangan bawah pun nak jadi, hang kena huluq duit banyak...naik tak ikut saluran tunggu lah kena cantas." Cukup. Nak tunjuk fakta rasuah di Malaysia. Terlalu banyak! Ustaz pun silap2 kecundang...

3. UMNO dan Akhlak. Aku Mohon maaf. Bukanlah menghukum semua ahli UMNO itu tiada akhlak. Cukup anda lihat pemimpin2 tertinggi. Sejauh mana Islam dijunjung? Aku tak terfikir ustaz mana nak masuk UMNO untuk dibebani cabaran mengadap perempuan2 "berambut bakul" dalam mesyuarat UMNO. Melainkan ustaz itu kurang tasawufnya.... =)

4. UMNO. Sikap UMNO dengan para agamawan. Siapa yang menangkap para ustaz di masjid berceramah? Siapa yang menjahanamkan sekolah-sekolah agama rakyat suatu masa lalu. Peristiwa2 hitam kepada susur galur pengajian pondok, pengajian Islam yang melahirkan ribuan ulama pasti diingati.

5. Era 80-an, Tun M bijak membawa DS Anwar Ibrahim masuk ke dalam UMNO. DSAI ketika selaku bekas pengasas ABIM jelas punya watak agama yang baik, pengaruh yang kuat. Perwatakan DSAI selaku bekas pemimpin NGO Islam yang kuat menarik minat ramai tokoh-tokoh agama lain dan pemuda mendekati UMNO. Aku perlu ingatkan, Anwar Ibrahim dan Fathul Bari. Jauh bezanya, sekalipun Fathul Bari berkelayakan PhD, pengaruhnya hanya jadi sindiran jenaka. "Ini sudah ketetapan."

Apa pun, usaha UMNO untuk mereformasikan parti itu patut dipuji. Tiada yang mustahil. Isu ini juga berkait rapat dengan PAS, sebuah parti Islam tertua di Malaysia. Pada hemat aku, PAS membawa proses yang agak perlahan berbanding di zaman era 90-an. Banyak isu dalaman mudah dipolemikkan, samar dengan kata putus. Rakyat khususnya golongan muda terus menilai, sejauh mana PAS akan terus membawa politik yang sentiasa mengalami evolusi. Selain dipenghujung, kelemahan UMNO akhirnya diubati dengan mencari "Islam".


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...