Pages - Menu

3.9.13

Tiket Bas Akan Naik?


Minyak baru naik sehari, tiket khabarnya akan naik. Nak salahkan pemilik bas pun tak boleh, harga bahan api naik, kos pengangkutan juga pasti lah akan naik....aku simpati sahabat2 yang masih menggunakan perkhidmatan bas, kebiasaannya untuk pulang ke kampung halaman yang jauh.

Persatuan pengendali bas kini mahu harga tambang disemak semula ekoran tindakan kerajaan menaikkan harga minyak petrol RON95 dan diesel mulai tengah malam tadi. Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, tambang itu mesti diselaraskan semula atau ia akan menjejaskan industri itu. Bagaimanapun, pengendali masih memerlukan kelulusan kerajaan sebelum ia dapat dinaikkan.

'Di Malaysia, harga bas dikawal oleh kerajaan. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya menaikkan tambang bas.... Kami sudah mohon peningkatan 30 peratus tambang bas pada Mei tetapi kerajaan belum meluluskannya," katanya. - Malaysiakini

Aku nak kongsi pengalaman naik bas lebih kurang 7 tahun. Pertengahan 2006, harga tiket bas KL-SP Transnasional lebih kurang RM26 ja...waktu tu aku ada elaun bulanan RM250. Jadi dengan elaun belajar itu aku gunakan RM50 untuk tambang tiket pergi-balik KL-S.Petani (kampung aku). Dok tahun bila entah....tiba-tiba tiket naik RM37-RM40 (ikut jenis bas) sampailah sekarang...waktu awal naik tu depa bagi alasan ini Surcaj Tambahan untuk Hari Raya ja....lepaih tu...habuk!! Sampai sudah tak turun2...mujur tak lama elaun naik sikit.

Minyak Naik  -----> Barang Naik

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...