Pages - Menu

3.9.13

Ron 92 Akan Digunakan Semula? | Rakyat Dapat Minyak Murah



KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan kembali minyak petrol RON92 bagi menawarkan alternatif sumber bahan api yang jauh lebih murah kepada para pengguna.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek (gambar), bagaimanapun berkata, cadangan tersebut masih di peringkat awal dan pengumuman selanjutnya akan dilakukan selepas menerima maklum balas daripada pelbagai pihak.


“Kita akan mengambil kira pendapat daripada semua pihak terutamanya rakyat sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.

“Oleh itu, orang ramai boleh menyuarakan pendapat dan cadangan mereka kepada kerajaan bagi membantu menghadapi kenaikan harga petrol RON95 dan diesel,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Penilai Harta Intelek kepada tujuh penerima di sini semalam.

Artikel Penuh: KOSMO

Azhan: Nasib rakyat...lepas menang dengan tabur janji, rakyat mungkin diberikan kembali minyak kualiti rendah diguna pakai atas alasan mengurangkan beban rakyat. Sepanjang aku pandai isi minyak, tak pernah lagi aku pakai ROn92, pesan ayah aku minyak murah ni boleh lingkup enjin....dah pakai minyak murah, kena kerap sikit tukar minyak hitam (pesan pomen waktu repair kereta dulu)


3 comments:

  1. nanti bila dah mula Ron 92....dah ramai yang guna kerajaan naikkan jugak gamaknya sbb nak untung kan....kalau harga rm 1.50 seliter ok lah......

    ReplyDelete
  2. Terkelip-keliplah mata bila dah jadi macam ini dik. Hmmm... inilah hadiah selepas pilihanraya dan merdeka 56 tahun. Tunggulah tak lama ada lagi yg buat hati bertambah pedih...

    ReplyDelete
  3. errkkkk lagi byk la keta terbakaq atas jalan ....

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...