Pages - Menu

5.9.13

Pak Samad Tak Kisah Ditarik "Sasterawan Negara" dan "Kewarnegaraan"

http://sin.stb.s-msn.com/i/35/32907625D938233BAA30628BC2ECD1.jpg
Malaysia, bukan sahaja mundur pemikiran malah kebebalan sikap yang melampau. Aku pernah terbaca sebuah buku, bagaimana hebatnya orang Inggeris menyanjungi tokoh sasterawan mereka iaitu, William Shakespeare dimana tempat kelahiran beliau kini dijadikan tempat pelancaongan di sana, malah saban bulan diadakan teater, seminar apa sahaja berkaitan tokoh besar ni...

Pengerusi bersama BERSIH Datuk A Samad Said berkata beliau mengalu-alukan sekiranya kerajaan memenuhi tuntutan kumpulan pendesak agar gelaran Sasterawan Negara yang diterimanya pada 1985 ditarik balik. Tidak cukup dengan itu, tokoh sastera itu berkata beliau juga tidak kisah jika kewarganegaraannya juga dilucutkan.

"Soal tarik balik anugerah Sasterawan Negara itu sangat bapak alu-alukan. Teruskanlah.

"Malah kalau ingin tarik balik warga negara saya pun, saya alu-alukan,” katanya dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini.

Aku rasa orang Malaysia sendiri lebih kenal siapa William Shakespeare dari tokoh penulis tempatan seperti Keris Mas, Usman Awang, Shahnon Ahmad...? Puncanya kenapa? Bagi aku usaha kerajaan terlalu lemah untuk menampilkan tokoh2 sastera, yang juga medan rujukan idea-idea dan sumbangan.  Mungkin tidak memberikan apa2 keuntungan berbentuk kebendaan, malah jauh sekali tokoh ini menjadi penggemuk poket sang penguasa. Jadi mentaliti rakyat, tokoh-tokoh ini hanya sesuai kepada penggiat bahasa semata2, sedangkan sumbangan idea mereka cukup besar dalam membentuk masyarakat kini. Jika tidak mengapa subjek Sastera mula dimasukkan dalam pendidikan sekolah rendah?

Berbalik isu Pak Samad, bagi aku desakan bodoh secara kasar ditujukan kepada pendesak kurang akal terhadap satu nama besar kepada Malaysia. Aku rasa jika Pak Samad berjuang untuk duit, untuk pangkat, untuk gelaran, tak perlu pun dia susah payah berjalan kaki, bermain semburan gas pemedih mata, cukup tulis puisi, novel hujung tahun tunggu royalti besar sampai....

Ok, kita akan terus pejuangkan memartabatkan bahasa Melayu! Puit!!! Kalau ini layanan kepada tokoh-tokoh bahasa, asal pandangan berbeza dengan Kerajaan mesti dikenakan tindakan. 56 tahun merdeka, pemikiran awal Merdeka mungkin jauh lebih demokratik.

Bendera Sang Saka Malaya? aku tak mau ulas...aku tengok satu bendera parti politik di Msia sama sahaja warnanya...asal usulkah?


1 comment:

  1. Senang kata di M'sia ni kalau yg boleh menggugat kuasa pemerintah pasti akan dihumban. Pak Samad tu tak kisah pun pangkat dan darjat, kakak faham benar beliau tu..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...