Pages - Menu

2.9.13

Minyak Ron 95 Naik 20 Sen? Hadiah Merdeka 56!

 Malaysiakini


Salam untuk semua,

Khabar paling kuat sudah termaktub!? Harga minyak heboh dalam FB Ron95 naik 20sen. Menjadikan RM2.10 seliter. Aku jangka ini hadiah sempena kemerdekaan negara 56 tahun kepada rakyat jelata! Rakyat sewajarnya berterima kasih...haha. Dan seterusnya hadiah Kemenangan BN PRU13! Aku akan terus kenang Manifesto Aku Janji.....

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan diesel dan minyak petrol RON95 naik 20sen seliter mulai tengah malam ini. Najib mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sebentar tadi.

Menurutnya, ini salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, Sehubungan itu, RON95 akan berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter. Ini kenaikan pertama sejak kenaikkan sama pada Disember 2010-Malaysiakini

1 comment:

  1. Betul tu, antara hadiah istimewa sempena merdeka, dan paling istimewa pada mereka yang baru merdeka selepas memenangi pru.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...