Pages - Menu

4.9.13

Minyak Naik, Rakyat Tak Sabar PRU14?



Salam untuk semua,

Aku pun dah muak baca isu minyak ni...Naik tetap naik...tangis air mata darah sudah tiada guna, ramai yang sudah termakan umpan PRU13. Yang menarik banyak kenyataan menteri yang cuba membodohkan rakyat..."minyak kita murah lagi dari negara jiran...patut bersyukur lah..." haha. tak pastilah kalau Singapura, Thai sekarang dah jumpa telaga minyak....haha. minyak gamat import dari Msia mungkin ada.

Sekarang rakyat mula menghitung hari PRU14....benarkan? Lambat lagi bro...4-5 tahun lagi. Nasi sudah jadi bubur basi. Dulu PR tawarkan minyak turun ramai tolak, pendidikan percuma ramai tak mau, tol tiada ramai rasa kaya nak bayar, harga kereta turun berkala, ramai pilih Manisfesto Aku Janji Fotokopi...Isu minyak ni aku baca Exco UMNO pun kecewa, malang macai masih setuju walau terpaksa isi minyak mahal...hebat racun dimakan tu patuh benar..haha

Rakyat kita bising kejap ja...tunggu lah seminggu dua lagi....amarah minyak naik tinggal habuk. Tunggu 4-5 tahun lagi? Dapat BR1M ja, berbuih-buih mulut ucap syukur...lupa macam tu saja...silap2 minyak turun pula dekat PRU, sedangkan terlupa bahawa mereka sengsara sebelumnya...yang Istiqamah tahniah...aku tunggu. kita tunggu.



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...