Pages - Menu

20.9.13

Isu Chin Peng, Disebalik Perkauman atau Kemanusiaan?



"Atas peri kemanusiaan, kita perlu menghormati permintaan terakhirnya, Lagipun, apa bahaya yang boleh disebabkan oleh abunya terhadap negara ini?" soalnya.
Dr Azahari Husin dan Nordin Mohamad Top, kedua-dua dikehendaki kerajaan Indonesia kerana mereka dipercayai bertanggungjawab terhadap pengeboman Bali pada 2002 dan 2005, serangan ke atas Hotel JW Marriott di Jakarta pada 2003, dan kedutaan Australia pada 2004, masing-masing dibenar dikebumikan di Jasin dan Pontian, maka abu Chin Peng juga sepatutnya dibenarkan dibawa pulang,"
Heng juga menegaskan bahawa bekas pemimpin PKM seperti Syed Hamid Ali dan Shamsiah Faekah juga telah dibenarkan pulang dan tinggal di Malaysia seperti yang dipersetujui dalam perjanjian damai Haadyai.- petikan MALAYSIAKINI


Salam untuk semua,

Kematian Chin Peng masih menjadi isu, kali ini pihak MCA pula yang mempersoalkan kepada Kerajaan Malaysia. Jika pihak pembangkang yang persoalkan, isu ini dipandang skeptik kerana kerja pembangkang...dilabel "kaki bangkang"! Aku juga bersetuju dengan pandangan wakil MCA, "Atas peri kemanusiaan, kita perlu menghormati permintaan terakhirnya, Lagipun, apa bahaya yang boleh disebabkan oleh abunya terhadap negara ini?" Jika sekatan abu Chin Peng atas alasan boleh merosakkan pemikiran rakyat menjadi komunis, aku melihat budaya K-pop lebih berjaya menjahanamkan mentaliti termasuk pemimpin negara turut menyanjungi sama.

Atas soal kemanusiaan! Itu sahaja. Sekat sempadan supaya abu tak masuk Malaysia? haha. lawak jenaka apakah? Sekat abu orang mati, pengganas Lahad Datu dulu masih boleh dirunding lagi? Jika ada pembaca mempersoalkan, ini komunis, dia pengganas. Sebelum, melabelkan apa sahaja, aku mohon kalian buka semula sejarah Komunis di Tanah Melayu....semak A-Z, perkaitan gerakan itu di zaman penjajahan. Antara lain, perlu rujuk juga kandungan Perjanjian Haddyai antara Malaysia-Thailand dan pihak Komunis.

Aku jangkakan, sebahagian yang mengkritik isu ini masih samar2 sejarah itu secara fakta. Lebih banyak diterima melalui cerita-cerita, ditambah perisa propaganda. Selain, pemikiran yang sudah lama dipaterikan bahawa UMNO sahaja pejuang kemerdekaan, UMNO sahaja berjasa dalam isu kemerdekaan. Jadi, makin hebat tuduhan2 dan andaian2 yang songsang. Aku tidak setuju sama sekali dengan Komunis! Aku juga meletakkan diri tidak cepat menghukum apa sahaja pertubuhan di zaman penjajahan, era di mana belum wujud lagi kerajaan Merdeka. Masing2 berlumba2 untuk menentang penjajahan, atas apa sahaja platform, wadah atau pertubuhan yang wujud ketika itu.

Antara jasa Chin Peng:-

Henry Gurney bersama isterinya dan setiausaha peribadi D.J Stapler bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Bukit Fraser untuk urusan rasmi dan berehat. Apabila kereta Rolls Royce yang membawa rombongan Gurney itu dengan kibaran bendera 'Union Jack' oleh Konstable Mohd Din sedang mengambil selekoh s di bt. 56 ½, kira – kira 8 batu dari Bukit Fraser tiba – tiba Rolls Royce menjadi sasaran peluru pengganas komunis- sumber

Sejarah lampau sukar dinilai siapa betul dan salah. Yang berjuang jadi "tali barut" Jepun juga menentang penjajahan, yang berjuang jadi "tali barut" Komunis juga menuntut kemerdekaan. Yang menjadi pegawai tinggi British juga menuntut kemerdekaan. Yang "berhaluan kiri" juga menuntut kemerdekaan.

Tidak adil hanya meletakkan satu parti sebagai hero sejarah, ditambah tiada catatan pertumpahan darah hanya mudah dengan restu penjajah?

Sejarah perlu dinilai dengan jujur dan telus.





No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...