Pages - Menu

18.9.13

Harga minyak naik: Restoran tak naik harga??

BATU FERINGGHI - Dakwaan ada restoran dan kedai makan menaikkan harga makanan tidak benar berdasarkan tinjauan yang dilakukan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Pulau Pinang, hari ini.

Pengarahnya, Mohd Salleh Ma’amor berkata, laporan beberapa akhbar sebelum ini mengenai adanya pengusaha restoran dan kedai makan di negeri ini yang menaikkan harga berikutan kenaikan harga minyak petrol RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen adalah tidak benar.-Sinar Harian

Azhan: Harga minyak naik: Restoran tak naik harga? Ayat standard setiap kali minyak naik...tauke Restoran p beli barang pakai air paip ka isi dalam tangki kereta? Pemborong hantar barang2 mentah pakai minyak gamat ka? Apa pun, ada yang tetap "beriman" =)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...