Pages - Menu

22.8.13

METALLICA vs ISU Kalimah ALLAH, Menang dan Tewas


Salam untuk semua,

Alhamdulillah isu kalimah Allah ditolak oleh mahkamah selepas wujud permohonan penggunaan oleh pihak paderi Kristian. Beberapa pandangan ulama2 besar luar negara tentang isu Kalimah Allah bersetuju pihak Kristian menggunakannya, namun situasi negara kita dinilai tidak sesuai kemungkinan mendatangkan kekeliruan besar masyarakat Islam.

Hari ini(22.08.2013) kita menang isu Kalimah Allah, ramai turun berdemo di depan Istana Kehakiman Putrajaya, walaupun aku amat jelek sikap aktivis membiarkan banner sepanduk "Kalimah Allah" dibiar sambil lewa di hamparan lantai...! Semalam (21.08.2013) umat Islam khususnya berbangsa Melayu, tertewas dalam kegilaaan...jumlah yang tewas jauh lebih ramai ketika berlangsungnya konsert Metallica! Dikhabarkan sehingga masuknya waktu maghrib pun, muzik "keras batu" terus didendang menenggelamkan azan. Realitinya, kita menang atau tewas..?

Kita menang isu, kita tewas lebih teruk dengan realiti akhlak yang meninggalkan kesan lebih besar...! Kita mempertahankan, tetapi kita biarkan...  konsert yang mengundang pergaulan bebas, keruntuhan akhlak, pusat judi dan kasino gah terpampang di persada bukit nun sana, penjualan arak secara terbuka, budaya hedonisme...

Dua hari yang berbeza. Kita menang, kita tewas lebih parah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...