Pages - Menu

19.8.13

Dr. Mohammed Badie, Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Ditahan




Laman Facebook Kementerian Dalam Negeri memaparkan gambar pemimpin Ikhwan Muslimin Mohammed Badie dengan kapsyen mengesahkan penahanannya.

"Melaksanakan keputusan pendakwaraya awam untuk menahan dan membawa ke muka pengadilan rujukan umum Ikhwan Muslimin Mohammed Badie, dan melalui maklumat yang dikumpul serta memerhatikan pergerakan, ini membolehkan unit carian jenayah dibawah arahan (perkhidmatan) keselamatan Kaherah untuk menahan beliau."

Mohammed Badie telah ditahan kira-kira jam 2 pagi Mesir di sebuah kediaman di Madinah Nasr. Beliau yang disebut kerajaan sementara Mesir sebagai pengganas ironinya dilaporkan tidak bersenjata atau mempunyai pengawal ketika penahanan dibuat.

Sumber : AlJazeera

Seorang lelaki yang warak dan intelektual, tanpa senjata melawan dilabel pengganas? Lihat kebaculan Tentera Mesir...susulan pembebasan Husni Mubarak (laknat yang membunuh sekian umat Islam), Kerajaan Kudeta bacul menahan pimpinan besar Ikhwan Muslimin.


1 comment:

  1. Masaalahnya sesetengah Media Elektronik kita kini mula dan turut melabelkan mereka yang tertindas itu pula pengganas, seolah islam itu ganas.Seolah ingin dikaitkan dengan suasana politik malaysia. Isu isu yang selama ini di anggap remeh pula di sini pula di perbesar besarkan. Begitu juga sewaktu Iraq di serang, pada permulaan menggambarkan kekejaman amerika selepas itu memburuk buruk kan Saddam hingga bagai tiada satu pun kebaikkan.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...