Pages - Menu

21.8.13

Alternatif Disebalik Kritikan Kepada Metallica?

http://amekaw.com/wp-content/uploads/2012/06/hiburan.jpg


Konsert Matellica dikritik ramai pihak, namun sambutan hangat kaki muzik "batu keras" tetap setia. Dakwah digerakkan untuk kesedaran, tetapi kurang lengkap selagi alternatif hiburan yang dibenarkan syarak terlalu suram. Lagu nasyid, pertandingan nasyid, sajak, puisi, yang hampir sama kitarannya kadang kala membosankan anak muda mengenali hiburan.

Justeru, mereka lebih cepat hadam unsur-unsur muzik luar negara yang jauh berbeza, malah keras umpama jiwa-jiwa muda. Aku juga pernah terjebak mengikuti muzik2 rock heavy suatu masa lalu, jadi pengalaman itu gambaran ringkas jiwa anak muda yang inginkan lebih kelainan.

Tempang menghalang manusia fitrahnya mencari hiburan, laluan ke arah itu lebih dahulu disumbat acuan yahudi dan nasrani. Kesedaran dikuatkan, selain dikukuhkan institusi hiburan tanah air dengan unsur-unsur yang menepati Syariat Islam. Sesuatu yang perlu direncanakan, halang kepada haram, menggantikan dengan yang halal.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...