Pages - Menu

21.8.13

1.7 Juta Gagal Bayar Saman, LESEN Dibatalkan! Bincangkan...


Salam untuk semua,

Saman ekor, saman aes, saman di parking, saman di jalanan, saman setelah kejar mengejar. SAMAN! Apalah nasib rakyat Malaysia, sudah jatuh ditimpa tangga. Aku kembalikan ini sesudah PRU13. Batalkan lesen pada hemat aku bukan penyelesaian terbaik kepada masalah2 utama pemandu di jalan raya. Sewajarnya kerajaan lebih memikirkan langkah terbaik mengurangkan kemalangan, kecurian kenderaaan, lambakan kereta-kereta lama yang membahayakan, kualiti kenderaan yang meragukan dan pelbagai lagi.

Pengalaman aku. 2 bulan lepas, aku kena saman parking di Kedah (Kampung). Bayar RM150. Puncanya kerana sepanjang laluan tidak disediakan tempat parkir memandangkan kawasan parkir sedia ada sudah ditutup untuk kerja naik taraf.  Jadi aku yang mempunyai urusan penting sebelum balik ke KL terpaksa parkir 15 minit di celah lorong jauh dibelakang kedai lama...jangkaan aku polis tak kacau. Lorong sempit pun depa cilok cari nak habaq mai. Sekarang nak letakkan salah siapa? RM150 untuk warga ibu kota berpendapatan rendah cukup besar.

Cukup perit rakyat dibebani kos sara hidup, kos bahan mentah (ayam naik), elektrik bakal naik, harga kereta tak turun2, harga rumah melambung tinggi. PRU13...? Manifesto Aku Janji!?

Bincangkan...

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...