Pages - Menu

31.7.13

Tembak Sana Sini...Tembak Bunga Api

Salam untuk semua,

Kalau bulan Ramadhan, menjelang raya kanak-kanak main tembak bunga api. Paling seronok lawan tembak antara kampung ke kampung. Paling lekeh cap ayam pun tembak ke rumah jiran Memang bakar duit betul waktu tu...bayangkan bunga api besar tu bukannya murah, boleh tahan mahal. Aku pun dulu nakal juga, banyak kali juga tembakan tersasar masuk ke rumah jiran, apa lagi....cau lari  bertempiaran la...haha. buas juga dulu ni...

Kali ni di penghujung Ramadhan...tak lama lagi Hari Raya. Kes tembak makin hebat. Bukan tembak bunga api keliling kampung...! Tembak orang sampai mati! Saban hari berita orang mati kena tembak di bulan Ramadhan ni...bahana apakah ini? Berhati-hati kawan, keluar rumah baca doa, ayat kursi, tawakal. Mangsa? Siapa sahaja mungkin. Waspada.

Malaysia Aman?
Fikirkan.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...