Pages - Menu

23.6.13

Pesta Buih Anak Melayu | Melayu Rosak (Video)



Salam untuk semua.

Pesta Buih! Aku saspek bukan Islam awal tengok video ni, rupanya anak-anak Melayu kita! Patut heboh semacam benda ni dua tiga hari lepas. Sedih. Marah. Anak Melayu terlebih Omputeh, campur laki perempuan satu hal dah. Tak sampai sebulan lagi nak Ramadhan, anak muda Melayu-Islam makin jauh. Nak tangkap "feel" sambut Ramadhan jauh sekali.

http://1.bp.blogspot.com/-Tb8o0wSyjwo/UcagxXM4ujI/AAAAAAAAZuI/Wdtf6CLpFuo/s1600/123.jpg



Sistem atas rosak, sistem bawah turut sama. Pandangan aku, semuanya bermula, dicontohi oleh siapa kepala (pemimpin). Dalam keluarga, mak ayah seterusnya peringkat paling atas negara. Sistem hancur, ini hasilnya...fikirkanlah sejauh mana ruh agama berjaya diserap masuk dalam jiwa anak-anak muda kita? Sistem kekeluargaan, sistem sosial, hidup beragama makin jauh, sistem masyarakat, undang-undang, sistem kenegaraan, sistem pendidikan. Hampir segenap ruang terlalu banyak tempang dengan ruh Islam.

Orang kata...Malaysia ni negara Islam, kita ada masjid, kita ada pondok, kita ada madrasah, kita pun ada sekolah-sekolah agama. Ustaz/ustazah bebas berceramah. Jangan lupa, di Malaysia juga kita ada disko, pub, yang mahal sehingga paling cikai cap ayam, kita juga ada kelab malam, pusat pelacauran, Kasino, Pusat judi peringkat kampung hingga international, paling muda lihat pusat nombor ekoq, 4 angka ada, 3 angka ada...

Salah siapa anak-anak muda kita sebebas ini, rosak sampai begini...?

Aku doakan mereka diberikan taufik dan hidayah, moga Ramadhan tak lama lagi memberikan sinar baru...berubahlah wahai adik-adikku dan sahabat2ku...

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...