Pages - Menu

23.6.13

Jerebu Punca Ladang Syarikat Malaysia?


 http://2.bp.blogspot.com/_ODEroomQ_x8/TFg9ii51FuI/AAAAAAAAAFg/UQY3-fx-9dk/s640/Jerebukl.jpg


Salam untuk semua, moga dirahmati

Hari ni aku kat KL terasa bahang jerebu yang makin teruk. Hari Isnin sekolah sekitar KL dan Selangor sudah diarahkan tutup. Muar dan Ledang Johor lebih teruk, diisytiharkan darurat. Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 500 iaitu pada tahap kecemasan atau 'emergency'.

Aku rasa kali jerebu lebih dahsyat daripada sebelum2 ini yang pernah berlaku. Puncanya, sebab berlaku kebakaran ladang, khabarnya dari sumber di Indonesia ladang-ladang yang terbakar itu pemiliknya saham adalah dari Malaysia.

Di dalam sebuah persidangan akhbar di Pekanbaru, Menteri Alam Sekitar Indonesia Balthasar Kambuaya berkata bahawa kebakaran didapati berlaku di konsesi-konsesi perladangan yang dimiliki syarikat-syarikat tersebut.

Syarikat-syarikat yang dikenalpasti adalah:
  1. PT Langgam Inti Hiberida
  2. PT Bumi Rakksa Sejati
  3. PT Tunggal Mitra Plantation
  4. PT Udaya Loh Dinawi
  5. PT Adei Plantation
  6. PT Jatim Jaya Perkasa
  7. PT Multi Gambut Industri
  8. PT Mustika Agro Lestari
- The Malaysia Chronicle

Banyakkan berdoa. Jaga kesihatan, kurangkan aktiviti luar. Minum air yang banyak jangan lupa pakai mask. Doakan semuanya selamat.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...