Pages - Menu

21.6.13

BLACK OUT 505




 sumber gambar: Malaysiakini


Salam untuk semua, moga dirahmati

Untuk kali pertama aku coretkan kisah Black Out 505. Lepas roadshow seluruh Malaysia, PR anjurkan himpunan kemuncak di KL hari ni, 22 Jun 2013. Cuaca pagi ni aku tengok kurang baik, jerebu. makin tebal. Tak sangka juga perubahan cuaca mendadak, semalam kelihatan masih cerah. Apa pun, cabaran kepada para "pengunjung" yang datang dari pelabagai pelusuk untuk hadir ke KL.

Seminggu ni, timbul macam2 pendapat, memandangkan demonstrasi Black Out 505 makin hampir. Yang menarik, ada sahabat kita yang meletakkan terus hukum menyertainya Haram! Alasannya menjatuhkan kerajaan Islam secara keras dan melampau boleh dikenakan hukuman hudud. haha. Aku bukan ustaz nak bahas benda hukum hakam ni, tau la sikit2 tentang Bughah (golongan pelampau/penentang).

Sepanjang wujudnya kerajaan, semua dapat lihat penentangan sebenar kerajaan dan pembangkang adalah ketika musim Pilihan Raya! Sudah masuk edisi ke-13! Jadi, pembangkang menggunakan saluran demokrasi menentang kerajaan, bukanlah memberontak ala2 Arab Spring. Aku tau ada mangkuk2 ayun Syiah menggunakan "saluran" PR, cuba timbulkan provokasi bodoh supaya lancarkan kekacauan. Mohon kalau jumpa mamat tu kat lapangan, disepak sorang sekali. Syiah kat Malaysia ni makin menjadi2, pertembungan Syiah-Sunni di Syria sebagai titik pengajaran buat kita.

Jadi, sahabat kita yang meletakkan hukum Haram, perlu fahami dulu apakah tujuan himpunan? Apakah pula hukum menipu dalam Pilihan Raya? Apakah pula hukum membeli undi? Apakah pula hukum menyogok pengundi dengan wang dan sebagainya. Kebenaran sifatnya fitrah, manusia juga sifatnya fitrah. InsyaAllah kedua-duanya dipenghujung akan mencari-cari disatukan. Kebatilan akan punah. 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...