Pages - Menu

11.5.13

Lepas PRU nak buat lagi Himpunan Pakatan Rakyat, perlukah?

Hiasan: HKR KL112

Salam untuk semua, moga dirahmati

Mood aku malam2 buta ni tiba2 semangat nak update blog...mood macam ni aku rasa mood zaman 3 tahun dulu...sekarang ni mengadap blog ja...lemah semangat, mungkin blog aku ni terlalu kosong...!!? Jadi aku putuskan untuk letak gambar sikit kasi ada mood menaip! haha. Maaflah jika ada pembaca dan sahabat2 kurang senang, gambar itu aku shoot ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112. Aku bukanlah nak berpolitikus, politiking sepanjang masa...

Kawan aku tanya, "Pakatan Rakyat ni dah tak kerja lain ka dok berhimpun ja...sebelum PRU13 depa buat himpunan...ni dah habis PRU nak himpun lagi...? Terima lah kekalahan tu..."


Aku secara peribadi tak setuju juga kalau kerap sangat berhimpun ni, tapi kembali kepada tujuan himpunan dulu? Apa tujuan himpunan sebelum dan selepas PRU? Sebelum PRU himpunan bertujuan nak menuntut wujudkan sistem Pilihan Raya bersih dan adil....tengok semula tuntutan BERSIH. Lepas PRU pula...? Dah PRU, sistem Pilihan Raya tetap sama...aku rasa makin kotoq dan berdaki! Daki ni bukan milik orang Malaysia lagi, ni siap "import pemain" ke padang mengundi...ni bukan bola sepak, nak kuatkan pasukan import pemain bintang. Nak menang mengundi, import bangla?? Bukti mana? Hampa main Facebook tak kan tak jumpa lagi kot...

Black out!?? hahaha...ini kes kalau kena rumah sendiri pun hati tak tenteram...ini kan pula black out di tempat pengiraan undi...khabarnya banyak tempat pula yang jadi...? Pertama kali kira, PR menang...BLACK OUT....BN Menang! haha. Macam bengong ja diperbodohkan...

"Dah tu perlu ka berhimpun sampai jalan sesak...?" soal kawan aku lagi. Jawab aku perlu. Kenapa? Kalau bukan dengan berhimpun secara aman di stadium beramai-ramai...apa lagi cara nak suarakan bantahan? Nak masuk TV buat diskusi terbuka...? cait! Jangan harap, ajak berdebat pun takut...nak masuk radio...sama saja nasib, nak masuk akhbar...? Selalu masuk, yang buruk2 belaka... Jadi keputusan di stadium jalan akhir menyuarakan bantahan, memandangkan Malaysia ini negara DEMOKRASI...!!? BERSIH 1.0 (2007), BERSIH 2.0, BERSIH 3.0, HKR....3 Himpunan besar sebelum PRU13...apa tindakan SPR? Kalau kalah dengan sistem yang jujur dan bersih...semua akan menerima dengan baik, yang berlaku sebaliknya...kita tunggu pembongkaran tu...

 "Kalau kita tak bersuara menuntut keadilan, generasi akan datang terus mewarisi keturunan mangsa penipuan dan kezaliman..."



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...