Pages - Menu

6.5.13

Datuk Ahmad Yakob Menteri Besar Kelantan Yang Baharu | TG Nik Abb Aziz Tetap Dikenang


KOTA BARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Pekan, Datuk Ahmad Yakob secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru di Istana Negeri Kubang Kerian dekat sini, kira-kira pukul 6 petang sekali gus menamatkan pimpinan Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di negeri itu selama 22 tahun.
Ahmad, 63, yang sebelum ini merupakan Timbalan Menteri Besar mengangkat sumpah di hadapan Sultan Muhammad V Tengku Muhamad Faris Petra Sultan Ismail.
Nik Aziz, 82, memutuskan untuk bersara daripada memegang jawatan itu di mana kerajaan negeri di bawah kepimpinan PAS memerintah Kelantan sejak tahun 1990.
Bagaimanapun difahamkan, Nik Aziz terus kekal sebagai Mursyidul Am PAS.
Pemilihan Ahmad sebagai Menteri Besar Kelantan dibuat selepas PAS kekal memerintah Kelantan yang memperoleh majoriti mudah dengan 23 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada Ahad.
Ahmad sebelum ini dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan pada Mac 2004.
Pada PRU-13, beliau yang mewakili PAS berjaya mempertahankan kerusi DUN Pasir Pekan yang disandangnya dengan majoriti 5,644 undi.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Bagi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dilantik juga mengambil giliran mengangkat sumpah setia perlantikan.
Ahli Mesyuarat Kerajaan terdiri daripada Datuk Anuar Tan Abdullah, Datuk Fatah Mahmud, Nasaruddin Daud Mejar (B) Datuk Ainizam Abdul Rahman, Datuk Che Abdullah Md Nawi, Datuk Dr Mohd Fadli Hassan, Hanifah Ahmad, Dr Ramli Mamat dan Mumtaz Md Nawi.


http://1.bp.blogspot.com/-ZTz17ioMCLo/TxzIWDyZQoI/AAAAAAAACPU/C3O7HN33cPw/s1600/tgna.jpg


Siang tadi seorang sahabat aku berasal dari Kelantan meluahkan perasaan sayunya yang teramat dengan keputusan TG Nik Abdul Aziz mengundur diri sebagai MB Kelantan. AKu faham benar, usia 20-an adalah usia anak muda itu lahir dan membesar dibawah kepimpinan seorang ulama yang hebat, sekalipun di cerca dengan pelbagai cercaan namun anak-anak muda tetap setia membawa obor perjuangan yang dididik oleh TG Nik Abdul Aziz. Aku secara peribadi lebih mengenal TG Nik Abdul Aziz melalui pembacaan dan video2 di internet, alhamdulillah tahun 2012 diberikan rezeki bertemu beliau di musolla bersebelahan rumah Tok Guru di Pulau Melaka, Kelantan.



Bersaranya Tok Guru Nik Aziz amat menyentap hati-hati manusia yang mempunyai iman. Hujan sejak pagi renyai umpama menangis. Terima kasih Tok Guru Nik Abdul Aziz. Perjuangan mu menjadi benchmark bidang Ilmu dan ketamadunan Islam.

1. Fakta, TGNA adalah insan pertama sebagai pemimpin yang mengadakan urustadbir kewangan Islamik.

2. Fakta, pemimpin pertama bebas segala aktiviti salah laku dan urustadbir paling walaupun dana disekat.

3. Fakta, pemimpin yang pertama tidak duduk di rumah Menteri Besar sebaliknya tinggal di rumah sendiri yang tiangnya bersambung dengan Masjid Nikmatilah Pulau Melaka.

4. Sanggup tidak ambil elauan gaji utk bayar hutang rakyat Kelantan yang dibuat oleh pemimpin parti Timbang Kilo.

5. Dialah Ulamak, pemimpin, murrabi, guru, pentadbir, pemikir mantik paling halus dalam dunia, sahabat dan pendoa di tengah malam di kala bumi Malaysia panas dengan maksiat dan rejaman fitnah media. Halalkan ilmu yang pernah saya dengar, terima samada sengaja atau tidak sengaja.

4. Sifat daya juang anak Kelantan terdidik dengan ilmu dan tawaduknya.

5. Sepanjang memimpin Kelantan kami tidak pernah kebulur tapi ilmu dan semangat beliau menyebabkan anak cukup unik dan pandai berniaga.

6. Sistem pentadbiran kerajaan Kelantan patut dicontohi.

7. Sistem wang sunnah pertama di dunia dengan Kelantan Trade Gold dengan wujudnya dinar dan dirham.

8. Wibawa yang sentiasa mendapat rating tinggi dalam urus kewangan. Boleh rujuk Audit Negara(tidak pernah disiarkan).

9. Satu-satunyq pemimpin paling banyak keluarkan buku dan mutiara kata antara yang terbaik dalam dunia. Seni mantik, timbang tara lengkap semua ijtihad kesufian Islam dengan kiasan penuh moral yang bertauhid Allah Taala.

Kami merindui perjuangan Ulamak ini yang disayangi dan disegani semua pihak. Bintang ini tiada tolok gantinya. Semoga Allah swt merahmati beliau dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya. Dialah Tok Guru kami.

23 tahun ialah tempoh Rasulullah SAW berdakwah...10 tahun di Mekah, 13 tahun di Madinah..akhirnya Baginda diwafatkan oleh Allah SWT meninggalkan asas yang cuku teguh utk diwarisi oleh generasi sahabat....

23 tahun bukan satu tempoh yang sekejap, tetapi tidaklah terlalu lama, cukup untuk membina asas, maka tugas pelapis berikutnya untuk meneruskan perjuangan.. Semoga Allah merahmati setiap pejuang-pejuang yang telah mengerah keringat dan tenaga ke arah memastikan Islam syumul di bumi Malaysia.....

1 comment:

  1. tahniah, jasa mu dikenang

    <a href="http://merahandbiru.wordpress.com/2013/05/07/pasca-pru13-tsunami-cina/>KLIK kenapa Cina undi PR</a>

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...