Pages - Menu

8.5.13

Dato Husam Musa Tonjolkan Akhlak Baik Walau Tidak Menjadi Exco (Video)



Salam untuk semua, moga Allah rahmati

Selepas PRU13, penubuhan Kerajaan Negeri Kelantan dibawah pimpinan MB Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub, tidak menyenaraikan Dato Husam Musa dalam barisan Exco Negeri. Tidak pasti apa motif ataupun mungkin memberi laluan yang lebih luas kepada Dato Husam untuk terus memberi khidmat bakti kepada warga Putrajaya. Apa kata Dato Husam walaupun tidak dilantik...?

Dimulakan dengan kata-kata Khalid Al-walid selepas digantikan dengan Ubaidah Al-jarrah sejurus pelantikan Umar sebagai Khalifah:
"Aku berjuang kerana Allah, bukan kerana Umar" dan kekuatan akidah Abu Bakar bila Nabi wafat: jika kamu beriman dengan Muhammad, ketahuilah bahawa Muhammad telah wafat, jika kamu beriman dengan Allah, Dia takkan mati".

Minta semua penyokong bersabar dan bertenang. Kenyataan Media ni dibuat bagi meredakan pertanyaan seluruh negara. Cuma ada juga Dato' luahkan rasa terguris sebab teman-teman seperjuangan tak maklumkan dan tak panggil untuk hadir Mesyuarat perhubungan untuk bentang senarai EXCO baru.

Sebagai Pesuruhjaya II pun tak dijemput dan dimaklumkan. Walaubagaimanapun Dato' bertegas tidak ada sebarang konspirasi disebaliknya. Hanya memberikan peluang kepada muka baru untuk perform dan berkhidmat. Dato' bagi jaminan yang tidak akan benarkan UMNO mengambil kesempatan atas insiden yang berlaku.

Harapan akhir Dato agar EXCO baru akan dapat perform lebih baik dan Projek Lebuhraya Rakyat, Stadium dan Tuntutan Hak Royalti Negeri Kelantan dapat diteruskan.

Siapa sahaja yang merancang menjadi pemimpin atau sudah bergelar pemimpin pasti kagum dengan karakter Dato Husam Musa, anak didik TG Nik Abdul Aziz. Menerima hati terbuka tidak diberikan jawatan, malah tidak meminta2 untuk kuasa. Bagi aku, beliau memperjudikan diri di Putrajaya cukup memberikan Tsunami Politik kepada para pengundi di Lembah Klang untuk kembali ke kampung menunaikan tanggungjawab mengundi. Walaupun kalah, pengaruhnya di Putrajaya menggerunkan Ku Nan malah memberi impak besar kepada pengundi2 luar kawasan.

Seorang saudara aku pengundi P-125 Putrajaya, cukup kecewa Dato Husam kalah, tapi inilah perjuangan, aku yang beberapa kali turun kempen di sana turut kecewa tetapi aku percaya bukan sekarang kemenangan untuknya, dengan peribadi dan akhlak yang ditonjolkan tak mustahil Dato Husam Musa calon Perdana Menteri Malaysia suatu masa nanti. Teruskan bakti Dato kepada warga Putrajaya!



Hari penamaan calon PRU13, gambar ini menjadi bualan di FB tentang tokoh penggempur Putrajaya. Dalam sesak2 ribuan manusia, memori ini akan aku kenang sampai bila-bila. Mata ini yang melihat tawaduknya insan bernama Husam Musa. Moga Allah merahmati.


Allah ujinya dengan kekalahan, Allah ujinya dengan kuasa. Tarbiah Islam sudah ditonjolkan oleh Dato Husam Musa P-125 Putrajaya, tak dapat jawatan dan kuasa masih gembira. Kerana matlamat perjuangan untuk agama. Barvo Dato!

Moga terus istiqamah, amin.

Berjuang dengan ikhlas untuk Islam!

1 comment:

  1. Akupun hairan kenapakah orang yang huhur dan tegas berjuang utk rakyat kelantan selama ini terutamanya dalam soal royalti dan pentadbiran negeri kelantan, di pinggirkan begitu sahaja. Beliau masih muda dan berpengalaman. Beliau telah berjaya membantu dan menyelesaikan beberapa perkara semasa dalam pentabiran TGNA.
    Harap MB dan exco yang adA memikirkan perkara ini. Jangan kerana rakus nak berkuasa sehingga orang lama yang berpengalaman dan masih bertenaga dipinggirkan.Ingat, rakyat memerhati dibawah....

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...