Pages - Menu

6.4.13

Ulasan kepada Ucapan TG Nik Aziz "UMNO Solat Tak Berpahala"


Salam untuk semua,moga dirahmati

Kecoh dua tiga hari Tok Guru Nik Aziz kata UMNO solat tak dapat pahala....aku ambil masa beberapa kali tengok video ni supaya jelas dan tak keliru dengan mainan media. Ayat utama yang diungkapkan oleh TG Nik Aziz bahawa UMNO PISAHKAN POLITIK DENGAN ISLAM, secara tak langsung UMNO guna ISLAM separuh2, UMNO menuju JALAN SALAH tak ikut cara RASULULLAH, UMNO TOLAK ISLAM GANTI DENGAN KEBANGSAAN (petikan ucapan).


Soalan 1: Apakah perjuangan dan dasar parti UMNO?

Dasar Parti UMNO ialah kebangsaan/nasionalisme iaitu memperjuangkan bangsa MELAYU. Apakah ianya bertepatan dengan kehendak SYARIAT ISLAM yang syumul bahawa memperjuangkan bangsa tertentu itu adalah seruan yang benar? Apakah Rasulullah berjuang dahulu memperjuangkan bangsanya iaitu Bangsa Quraisy semata2? Buktinya lihat sahaja program2 kemaksiatan yang dijalankan, pemimpin2 mereka yang tidak menutup aurat, tertubuhnya pusat judi, pusat kasino, akhlak penyokong2 UMNO, itu semua apakah berlandaskan ISLAM?

Apabila DASAR PARTI sudah menyimpang, amatlah sukar untuk bertepatan dengan DASAR ISLAM yang sebenar. Aku tau dalam perlembagaan UMNO ditulis bahawa ISLAM adalah matlamat perjuangan mereka selain daripada bangsa Melayu itu sendiri. Bagi aku, perjuangan yang realiti bukan sekadar ditulis di kertas perlembagaan parti tetapi yang paling mustahak adalah diterjemahkan dalam urusan pentadbiran kerajaan. Terjemahan itu yang kabur dan kelam.


Soalan ke-2: Apakah hukum memisahkan politik (hal ehwal pentadbiran) dengan Agama Islam?

Itu perlu rujuk kitab2 agama yang bahas tentang politik dalam Islam, dan ada beberapa buah kitab yang pernah aku baca memang memisahkan hal politik (ekonomi, undang2, dll) daripada Islam maka terbatallah akidahnya. Sahabat2 perlu rujuk perkara ini dengan mendalam kepada para alim ulama dan ahli dalam bidangnya.

Yang menarik, isu ini diulas oleh tok guru silat, pemimpin kampung, tok ketua, orang awam dan perkara hukum agama akan bertambahlah keliru dan runcing. Sangat mengecewakan apabila seorang guru silat terkenal kat Malaysia ni boleh sebut "Hal agama jangan kita campur aduk dengan politik..." Na'zubillah. Mungkin kata2 yang tidak ditunjangkan dengan ilmu yang sebenar. Moga Allah berikan hidayah.


Soalan ke-3: Kenapa perlu undi DAP? DAP sokong Islamkah?

Perlu faham terlebih dahulu tentang Tahaluf Siyasi, iaitu MOU Pemimpin Islam dengan bukan Islam suapaya dapat elakkan membuat spekulasi atas kejahilan sendiri. Aku rasa kerjasama MOU PAS + DAP berbeza antara UMNO + MCA, MIC. Banyakkan membaca, melihat dan menilai koteks politik umat Islam di Malaysia secara realiti.


Penutup: Aku jangkakan ucapan TG Nik Aziz tidak pun menyimpang kerana beliau bercakap atas kapasiti ilmu dan realiti sebenar, mungkin agak keras teguran TGNA kali ni. Aku berpendapat bahawa penyokong-penyokong UMNO solat masih berpahala, masih mendapat ganjaran dari Allah kerana majoriti yang menyokong UMNO tidak memahami soal politik dalam Islam, jadi banyak perkaa yang disuarakan pasti bertetantangan dengan Syariat Islam. Jadi sokongan mereka kepada UMNO kerana tiada ilmu dan tidak faham soal politik Islam yang jelas.

Justeru, pendekatan terbaik adalah menuntut ilmu agama, sebaik2nya menadah kitab2 daripada alim ulama, insyaAllah banyak persoalan, salah faham, kekeliruan terutama soal Fiqh Syari'iyah (Fekah Politik) terjawab dengan baik. Apabila sudah jelas dan memahami ilmu, tetapi masih menentang perjuangan Islam, maka apakah perjuangan bertentangan dengan Islam mendapat ganjaran...?

Kenapa orang Melayu melatah kalau cakap solat tak dapat pahala? Tiada siapa pun melatah kasino terbesar di Genting? Tiada siapa melatah Kilang Arak terbesar di Malaysia, tiada siapa kisah anak2 muda tidak menutup aurat? Guru silat mana kisah konsert2 hiburan melalaikan untuk anak muda? Semua takut kalau solat tak dapat pahala, tetapi tak takut judi, arak, zina, masalah moral bersepah2 dan makin bercambah. Siapa kisah?


PENCERAHAN TG NIK AZIZ

Ahli politik, sesiapa sahaja berhati2 juga dalam memberikan ucapan kerana banyak perkara yang diucapkan terlalu banyak diputar belitkan. Kadang2 ucapan yang sudah jelas lagi terang pun mampu dibelitkan ini kan ucapan TG Nik Aziz yang penuh dengan hikmah dan perkara tersirat lebih2 lagilah akan dimainkan sebaliknya. Moga Allah berikan hidayah dan petunjuk kepada semua umat Islam. Wallahua'alam.

7 comments:

  1. tahniah..setidak tidaknya anda memberi lebih kefahaman kepada saya tentang "islam"..keep up the good work...kata orang putih

    ReplyDelete
  2. kita kena faham betoi2 dulu baru boleh komen,jgn buat komen membabi buta macam mat sembet dari umnongok.

    ReplyDelete
  3. terima kasih sudi komen, moga mendapat manfaat utk semua. Allah rahmati kalian.

    ReplyDelete
  4. Hukum hudud mana?.np x da dlm manifesto pr.umno x islam krna x amalkn hudud tp sndri dlm manifesto x hudud.kata isle tp dua2pn sama.

    ReplyDelete
  5. BUKAN SAHAJA AHLI POLITIK, KAUM WARTAWAN YANG SELALU MELAPORKAN UCAPAN NIK AZIZ PUN PERLU MENADAH KITAB. FAHAMI ILMU YANG SEBENARNYA. JIKA MEREKA PUN TAK FAHAM SAMA SEPERTI PUAK UMNO, MAKA PEMUTARBELIT INI AKAN MENERUSKAN TUGASANNYA.- SEKADAR PANDANGAN BEKAS WARTAWAN.

    ReplyDelete
  6. dey itu agama mne boley dipolitikkan...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...