Pages - Menu

3.4.13

Hukum Undi Calon Bukan Islam? Haram Atau Dibenarkan?

 
FB Ustaz Roslan Mohamad, (MURSHID)

Salam untuk semua, moga Allah rahmati

Parlimen dah bubar, PRU13 akan berlangsung tak lama lagi. Aku nak kongsikan tentang apa hukum kita undi Calon Bukan Islam dalam Pilihanraya nanti? Benda ni memang banyak kekeliruan, ada sebahagian pandangan yang meletakkan Haram! Begitu sekali beratnnya dihukumkan. Jadi, dengan jawapan Ust Dr Zaharuddin Abdul Rahman di atas aku harap semua jelas.

Hukum ini juga adalah hasil perbincangan tokoh2 agama terutama dalam MURSHID, disamping dibahaskan mengikut konteks pilihanraya dan politik di Malaysia. Perkara ini telah dijelaskan dalam Froum K-Fiqh Politik 2.0 yang lepas. Selamat mengundi demi perubahan dan masa depan lebih baik!

14 comments:

  1. Replies
    1. benar, cuma perkara ini timbul apabila pertembungan antara calon Melayu (korupsi, rasuah) vs calon bukan Islam (integriti)

      Delete
  2. Solat istikarah sebelum mengundi

    ReplyDelete
  3. Adakah kita nak bg org bukan Islam untuk bawa suara ISlam.????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah orang Islam yang korupsi dan rasuah akan bawa suara Islam? Yang byk dibuktikan hanya membawa suara "perut" dan kroni masing2.

      Delete
    2. sekarang kita sebagai rakyat minta mna2 parti untuk hntr calom Islam..sebab bg saya tidak ADIL jika soal agama Islam diletakkan di bahu org bukan Islam...

      Delete
    3. melihat juga konteks politik Malaysia, rakyat majmuk di Malaysia. Realiti bagaimana.? Dan perhatikan MOu yang dijelaskan dalam Fatwa di atas. Jika tidak setuju, dipersilakan. Hanya mampu berlapang dada menerima perbezaan =)

      Delete
    4. MOU erti kata lain adalah tahaluf siyasi..bukankah tahaluf siyasi diharuskan jika Islam itu kuat untuk mengawal yang bukan Islam daripada menolak/menghina Islam. Jika yang bukan Islam juga menentang Islam macam mana tu?

      Delete
    5. Menentang kerana kejahilan. Contoh terbaik di Kelantan, kebanyakkan masyarakat Cina boleh menerima hudud apabila mereka diberikan kefahaman. Setiap tahun Kelantan menyambut Hari Hudud, adakah rakyatnya menentang sambutan tu?

      MOU disamping menyebarkan dakwah dan kefahaman kepada mereka adalah lebih murni berbanding terus "mendiamkan" mereka.

      Delete
    6. bagaimana dgn DAP plak..yang mana masih lagi berkeras dan tidak akn membenarkan PAS melaksanakan hukum hudud..bukankah PAS dah bagi penerangan...

      Delete
    7. Benar DAP menentang Hudud kerana majoriti bukan Islam, tak pelik bukan Islam jahil tentang Islam. Yang lebih pelik, knp UMNO menolak hudud? ok, jika UMNO labelkan itu hudud versi PAS, kemukakan hudud Islam yang sebenar, tetapi hingga sekarang UMNO tak mampu langsung bersuara ttg hudud kerana MCA dah ugut akan keluar daripada Bn jika UMNO buat hudud. PAS diasak macam mana pun, hudud tetap dilaksanakan kerana itu adalah tanggungjawab pemimpin2 Islam. Syariat utk semua umat Islam.

      Buat masa sekarang, aku melihat proses yang paling baik adalah menyampaikan ilmu dan maklumat tentang hudud secara murni. Apa yang Kelantan laksanakan Hari Hudud adalah sangat positif buat rakyatnya...sekurangny2 permulaan dengan ilmu tidak ditentang kerana kejahilan.

      Delete
  4. mca lagi teruk, "mou" pulak dgn golongan nasionalis bukan islamis...

    ReplyDelete
  5. Salam semua saya nak tnya sekiranya kita undi yg bukan Islam, kalau dia menang, selama dia berkhidmat, dia melakukan perkara mungkar yang ditegah syarak seperti menganjurkan pesta yg ada minuman arak dan tarian2 seksi, membuka kedai ekor, meluluskan projek pembinaan bangunan yg menempatkan pelbagai kelab malam dan hiburan, dan sebagainya. Apakah hukumnya?

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...