Pages - Menu

11.3.13

Tempo Kebangkitan Islam Pengaruh kepada PRU13?

 http://dakwat.org/wp-content/uploads/2011/12/islam_PH_92802.jpg

Salam untuk semua,moga dirahmati

Tempo PRU13 makin dekat, satu persatu isu lama "dikorek" balik umpama cerita LIWAT II, yang lebih mengejutkan tiba2 ayah Saiful, Azlan...secara rasmi masuk PKR. Dalam suasana belum reda, aku sendiri agak tergamam secepat itu tindakan hijrah saudara Azlan. Aku harapkan bukanlah konspirasi tertentu, kerana cabang politik ini selok beloknya agak misteri, biar jujur dan ikhlas untuk kebenaran.

"Sepandai-pandai tupai melompat jatuh jua ke tanah" begitulah pepatah Melayu, kejahatan mahupun kezaliman selalunya akan tersungkur dipenghujung, kebaikan ini adalah lumrah kehidupan. Sesiapa sahaja akan kembali mencari kebaikan, Islam menggariskan kebaikan dengan berpandukan Al Quran dan Hadis. Manusia mula terasa kosong apabila panduan yang hakiki mula menyimpang jauh di hati.

Kerajaan Mesir pimpinan Husni Mubarak puluhan tahun juga mampu tumbang dengan kebangkitan rakyat, dalam dekad itu tiada siapa yang menyangka beberapa negara timur tengah mampu membuat revolusi besar-besaran menjatuhkan regim zalim. Tempo itu aku jangkakan merebak hingga ke Malaysia untuk PRU13 ini, tempo ini bukanlah dipaksa, atau berbentuk mesin biasa yang digerakkan oleh elektrik2 yang dijana.

Tempo ini meletus apabila kezaliman sudah ditahap memuncak tidak mampu ditutup dan dibendung dengan apa jua "kain tudung penyelamat", di penghujungnya kebenaran dengan mudah meranapkan binaan2 yang diluarnya cantik di dalamnya sudah reput dimamah "anai-anai" yang rakus. Perjuangan menuntut yang hak/kebanaran juga tak pernah kenal erti lelah, kerana kejahatan juga mampu mengalahkan kebenaran yang tidak dirancang dengan rapi. Justeru, persediaan kepada melawan kejahatan sudah melangkah beberapa dekad, sudah berselang seli tampuk kepimpinan Islam tak kurang juga ombak badai yang menerajang disepanjang permusafiran itu.

Perubahan ini juga bertitik tolak dengan kesedaran agama, kesedaran hidup bertauhidkan Allah. Perubahan ketara ini jelas dalam kalangan anak-anak muda yang majoritinya sekarang cukup sinonim dengan pengajian kitab, kuliah agama, ceramah, forum, usrah, tanzim dan segala bentuk program rohani yang diadakan. Cukup agreasif! Bercakap soal Islam, aku melihat suara anak muda lebih dahulu kehadapan, walaupun ilmunya kurang tetapi semangat dan cintakan Islam terus disemarakkan.

Suasana ini cukup menggambarkan, PRU13 kelihatan lebih menarik dengan pertembungan tempo kebangkitan Islam dengan tempo "lama" didasarkan semangat perkauman. Kerajaan Islam suatu masa lalu gah dipersada dunia, perlahan seketika beberapa era penjajahan dan persempadanan negara, kini mula tampil dengan wajah kebangkitan yang lebih unik untuk kembali mendaulatkan Islam dan Sunnah. Sejauh mana kebenaran...? Penantian tarikh PRU13 masih menjadi misteri Nusantara~

1 comment:

  1. Tempo 'arab spring' merebak ke Malaysia utk PRU13??? Haha..nak kumpul sejuta pun x mampu, merebak mendenya bro? Jauh panggang dari api ni.....Arab spring tu hari2 turun berhadapan dgn peluru, kereta kebal, jet, kehilangan nyawa. Bersih turun ambik2 foto dulu, singgah2 klcc, sogo, bukit bintang, shopping2 sket sambil2. Makan nasi lemak, kuih muih, roti canai dgn abby abadi, azmin ali, abg2 polis, etc kehkehkeh...

    Tapi xpelah asalkan bahagia, teruskan. Aku tak berapa berminat nak berkongsi sama halusinasi korang ni. Akhirat aku bukan PR yg tentukan so apa pun yg dikata xde benda padaa gua:)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...