Pages - Menu

21.3.13

Politik Lucah PRU13 | Anwar Ibrahim Lagi Mangsa?

http://mynewshub.my/wp-content/uploads/Liwat.jpg
 Atas dunia manusia sudah takut ditangkap bersalah, di akhirat....?

Salam untuk semua, moga dirahmati

PRU13, Politik LUCAH timbul balik. Sasaran yang sama ialah Anwar Ibrahim. Isu ni kempen lapuk lagi jijik yang dikitar semula. Semua ini merosakkan, rosak suasana politik Malaysia, rosak pemikiran pembaca, tak kurang rosak budak2 yang terkena tempias sama. Weiii! Sampai bila nak kempen politik lucah + fitnah macam ni!? Malu kot...tunjuk gambar2 dan video lucah di FB, surat khabar...

"Kita kena tunjuk pada semua, supaya rakyat tak tertipu " begitu lah alasan2 yang diberikan untuk membuka ruangan fitnah? Dengan cara paparkan gambar lucah, video lucah, terbuka aurat, terbuka aib memberikan kesedaran kepada rakyat? Benda haram, atas tujuan niat untuk kebaikan akan tersampai mesejnya? Kebenaran terlalu samar-samar, banyak sangat yang meragukan.

Kempen "selak kain, londeh kain" jadi tradisi baru tarik pengundi. Dulu "berkempen" dengan sekatan media, tangkap penceramah, haramkan surat khabar lawan, wujudkan sentimen kaum dan agama. Malang sebenarnya rakyat Malaysia, negara makin maju persekitaran makin celaru. Sebaran maklumat yang terbuka di media maya, diekplostasi dengan bahan kempen yang lebih jijik! Dulu main luar kain, sekarang selak sehingga terlondeh pihak lawan. Sudah tak mampu menjawab fakta yang disiar oleh laman2 maya, strategi "londeh kain" kelihatan peluru yang ampuh menumbangkan, jangan terlalu yakin peluru juga mampu makan tuan.

Aku berlepas diri untuk terlibat dengan isu fitnah seumpama ini...tuduhan zina, liwat amatlah berat...jika perkara ini fitnah, si punuduh bertanggungjawab di hadapan Allah. Dosa dengan Allah bertaubat insyaAllah diampunkan, dosa dengan manusia selagi tidak memohon kemaafan tersangkut hingga ke mati.

Orang tanya aku, "kalau benda ini benar dan shahih bagaimana?" haha. Soalan perangkap. Halo bro, aku mengundi dan menyatakan sokongan bukan atas nama individu tetapi prinsip perjuangan Islam yang jelas dan nyata. Disebabkan seorang nak berbalik sokong parti yang sedang mereput dengan rasuah, korupsi, jenayah, salah guna kuasa, penindasan, fitnah, gadai maruah negara dll??? Naif sangat! Cukuplah, berkempen cara anak jantan...jangan baling batu sorok tangan! Keluar berhadapan.

2 comments:

  1. itu lah..siap tunjuk gambar bontot..apa kena la manusia sekarang ni..gambar2 gitu dah jadi terbuka sangt paparan nya..tu la kalau dah biasa sangat tengok citer lucah,benda luarbiasa pun jadi biasa bagi dia..

    ReplyDelete
  2. Mereput dgn fitnah??? Aku nampak yg mereput dgn fitnah dpd dulu lg PAS dgn PKR. Kamu kenal ke Anwar Ibrahim ni siapa? Berpuluh2 manusia yg bermacam2 jawatan dan pangkat daripada PAS, PKR, ABIM dan lain2 yg dah berpjljh2 tahun berkawan dgn Anwar sudah lari dan sekarag menentang habus-habisan Anwar Ibrahim ni. Kau x pernah bertanya dalam hati 'kenapa'??? Terus membuat konklusi mereka ni semua dibayar UMNO ke mcmana? Aku nak tanya korang apa sebenarnya pengajaran yg pernah korang dapat dari kisah fitnah ke atas Saidatina Aisyah R.A.? Aku faham kau menyokong prinsip perjuangan Islam. Tapi itu bkn bermakna kau blh membenarkan seorg yg dh jauh menyimpang menjadi pemimpin negara. Matlamat x menghalalkan cara. Dan ada ramai org yg memilih utk menentang habis2an manusia ini kerana mereka benar2 yakin kedurjanaan dia. Aku pulak cuma berminat dgn kebenaran dan kalau btul dia bersalah dia kena bertanggungjawab. Xde timbul soalan perangkap dalam hal ni. Dia nak jadi PM, so benda2 mcm ni dia kena buktikan x betul dulu. So far aku cuma nampak dia byk mengelat sahaja.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...