Pages - Menu

6.3.13

Isu Lahad Datu, Kesultanan Sulu | Pandangan dan Teguran Untuk Semua

Salam untuk semua, moga dirahmati

Al Fatihah dihadiahkan untuk para pejuang negara yang mempertaruhkan nyawa untuk kedaulatan negara selama berlakunya krisis pencerobohan Kesultanan Sulu di Sabah. Aku secara jujur mengambil pendekatan sekadar melihat, membaca dan menilai tanpa membuat apa2 ulasan tentang isu ini, memandangkan perkara ini membabitkan keselamatan, keharmonian rakyat Malaysia. 

Seterusnya, aku merasaan bukan kapasiti aku untuk membahaskan perkara ini, satu kerana aku naif benar ilmu pengetahuan ketenteraan, undang2 ketenteraan, selok belok dan strategi peperangan walaupun dulu2 aku antara jaguh peperangan permainan komputer berbentuk strategi seperti Red Alert seumpamanya.haha, memungkinkan semua itu secebis 1% daripada situasi sebenar di medan tempur. Jadi, langkah aman dan selamat aku diamkan diri, tapi tak bermakna tidak memberikan sebarang pendapat terhadap penulisan2 lain.

Kedua, aku nak sentuh satu perkara yang berlaku dalam dunia maya sebagai teguran kepada semua, aku melihat terlalu banyak sebaran propaganda dan maklumat yang tidak bersumber, tapi penuh dengan andaian2 yang meragukan seperti gambar2 kematian, perbandingan siapa dalang, andaian punca berlaku pertempuran, dll. Sebaran seumpama ini bukanlah penyelesai kepada konflik yang berlaku tapi menimbulkan pebagai rasa, cemas dan takut penduduk setempat, tidak yakin dengan institusi tentera (siapa yang ragu2, mohon dia sendiri ke medan pegang senjata), menurunkan moral dan mood peperangan itu sendiri. Selain, kerahsiaan turut diambil kira kerana peperangan penuh muslihat dan penipuan yang dibenarkan.

Keybord warrior terlalu ramai, ramai sangat nak ditabalkan hero FB yang akhirnya M.Zukenberg tetap heronya. Justeru kurangkan berita2 dan sebaran propaganda yang mungkin memakan diri. Menjaga "keharmonian" dunia maya juga salah satu tuntutan agama. Untuk seketika, hentikan juga retorik partisan, tak kira pihak kerajaan mahupun pembangkang, aku kira mood PRU telah tiba tapi bukan tempat/isu yang sesuai mempolitikkannya. Lebih baik, sambut seruan solat hajat dan berdoa untuk pejuang2 kita di sana. Selamat berjuang!


Jom, warga kota meriahkan demi solidariti Lahad Datu

1 comment:

  1. mmg betul tu....doakan keselamatan anggota keselamatan yg mempertahankan negara.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...