Pages - Menu

4.2.13

PRU13 PR VS BN? | Siapa Kerajaan, Siapa Pembangkang?

http://suarapakatanrakyat.com/wp-content/uploads/2012/01/Pakatan-Rakyat-Akan-Hilang-4-Kerusi-Di-Wilayah-Persekutuan.png

Salam untuk semua, moga dirahmati

PRU13 dah makin dekat, apa sahaja isu nasional yang timbul pasti dinilai molek oleh rakyat. Sejauh mana parti yang bertanding mampu memenangi hati rakyat di saat2 akhir ni...? Aku juga ingin melihat apakah kempen lapuk seperti beri gula, beras, kain pelikat, kain batik masih relevan dalam konteks rakyat merdeka lebih 50 tahun...? Kini, kempen lapuk begitu mungkin sudah berevolusi...ditukar dengan BR1M...asasnya sama, dalam konteks habuan duit masih menjadi taruhan.

Dalam PR pula, rakyat akan nilai juga sejauh mana manifesto yang lalu sudah terlaksana? Terutama negeri2 yang diperintah mereka sejak 2008. Melihat kepada fakta, Malaysia satu2nya negara Komenwel yang masih kekal dengan kerajaan sama lebih 50 tahun! hahaha.perghh...rekod cemerlang bro! Konteks semasa, aku melihat rakyat tak sabar2 untuk membuat perubahan! Perubahan dalam banyak makna, mungkin dek lamanya satu2 kerajaan yang memerintah, selain mencari pembaharuan yang lain, korupsi, percubaan kerajaan baharu, dan sebagainya.

Anak muda, selain golongan yang dekat dengan sumber IT lebih agresif meluahkan...termasuk aku! haha. Selain menilai keadaan semasa, PR "kerajaan menunggu" erti kata realiti yang sedia ada, tak perlu cepat berpuas hati dengan kelemahan BN, kadang2 aku melihat sketsa politik mereka juga tak banyak beza dengan BN, terikut2 rentak yang sedia ada buruk!

Intonasi dan nada politik kepartian ada ketika sama, tak hairan ada yang berkata "politik ini bermuka-muka, politik ini kotor, politik ini putar belit"". Salahnya pada ahlinya yang membawa politik itu sendiri. Walaupun kematangan berpolitik PR lebih kehadapan, lebih bijak menyerap fitnah dengan baik membawa ke muka pengadilan mahkamah, HKR112 lepas juga tanda kejayaan himpunan secara aman...tak mustahil jika berlaku perubahan kerajaan suasana aman damai akan dirasai. 

Ingat! Apa sahaja isu yang timbul, kebijaksanaan menjawab dan menangani secara matang adalah menjadi penilaian pengundi, khususnya majoriti pengundi "atas pagar". Bertindak bijak! PRU kali adalah kali yang ke-13, aku mengharapkan ada banyak perubahan terutama sistem politik yang busuk kepada yang lebih cantik dan demokrasi. Selamat memilih buat pengundi, penilaian anda perjuangan kami.hehe =)


Tak kurang 2 bulan daripada sekarang; dua soalan yang sudah ada jawapan!

1. Apakah Kerajaan BN sekarang siap siaga menjadi pembangkang di Parlimen?

2. Apakah PR semakin bersedia memegang tampuk Putrajaya?

3 comments:

  1. Bersedialah menghadapi sebarang kemungkinan.

    ReplyDelete
  2. Berani berubah!
    Kepada BN - berubahlah untuk memenangi hati rakyat!!

    Rakyat siap siaga,menghadapi angkara!!!

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...