Pages - Menu

20.2.13

Apa Rasional Sekolah/Guru/Murid Dijadikan Alat Parti Politik? (Gambar)


Salam untuk semua, moga dirahmati

Cuba tengok dulu gambar atas ni, siapa watak yang ada dalam gambar tu?
1. Murid-murid sekolah (berdasarkan baju sekolah putih dan seluar/kain biru gelap)
2. Guru-guru-kemungkinan (berdasarkan kepada baju batik/baju formal rasmi bekerja).

Kemudian lihat pula kepada tempat? Dimanakah itu? aku sendiri tak pasti? Jika dikaitkan dengan watak mungkin paling tepat tempat ini adalah SEKOLAH!


Sebelum aku berikan pandangan, aku perkenalkan diri bahawa aku merupakan seorang guru di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) di Kuala Lumpur. Aku takut nanti ada pula pembaca cakap aku buat "kepala sendiri", buat lebih2 daripada orang "kerja cikgu".haha.

Persoalan Utama; Perlukah sekolah dijadikan alat/medan untuk parti politik?

Pada hemat aku, majlis di atas mungkin berlangsung untuk sambut VVIP datang ke sekolah tapi mengapa sambutan perlu ada dengan segala bentuk bendera parti politik? Yang menarik murid2 juga turut serta memegang bendera BN ditambah sokongan hebat guru2. Tak pasti sekolah mana yang sebodoh ini mengajar murid2 dijadikan alat parti politik...agak memalukan. Budak sekolah rendah? Murid2 bermasalah buta huruf pun bersepah2 lagi, ini kan dah suruh pegang bendera parti politik segala bagai. haha. aduhai...kesian anak bangsa aku. Pegang buku teks, buku latihan pun malas2 lagi...

Hampa nak politik silakan...tapi! bukan dalam sekolah...keluar pagar sekolah nak jerit "Hidup Melayu" 100x sampai pecah anak tekak pun tak apa...haha. Aku sendiri minat kepada politik, penulisan2 aku sendiri memang banyak kepada PR, tapi semasa aku kat sekolah, mohon maaf aku memang disiplinkan diri bahawa tiada "POLITIK KEPARTIAN" dalam sekolah! Kalau PR memerintah sekalipun, aku tetap tidak bersetuju politik kepartian di bawa masuk ke dalam sekolah! Tegas.

Tugas aku mengajar anak bangsa Malaysia! (anak murid semuanya berbangsa Cina). Selalu cikgu2 sekolah aku berbual tentang parti politik, aku lebih berminat tak ikut serta melainkan jika diajukan soalan atau pandangan sahaja berkaitan isu semasa. Tak kurang ada juga cikgu2 yang bawa masuk akhbar2 politik ke sekolah...bagi aku tak perlulah sampai ke tahap tu...bukan kita tak berani nyatakan sokongan tetapi aku berpendirian hormatilah sistem pendidikan sekolah itu sendiri. Ditambah pula, hormatilah sahabat2 guru di sekolah tak mustahil ada yang berbeza fahaman politik. Cukuplah berani dibuktikan dengan demonstrasi jalanan, ditembak pemedih mata, berlari dikejar pihak berkuasa! haha

Pemimpin-pemimpin yang berani bukan membawa parti politik ke sekolah, tapi sanggup berhujah dan berdebat di pentas yang sebenar dikhalyak umum! Jangan kerana parti politik timbul banyak masalah komunikasi sesama guru. Pelanggan guru adalah murid-murid. Cukuplah berbakti kepada murid-murid mendidik mereka sehabis baik, urusan parti, individu, keluarga apa sahaja yang mungkin mengganggu cukuplah sekadar ditinggal seketika di pagar sekolah. Balik kerja, pakat "kutip2" semula masuk dalam kereta. Relaks2 sudah...

Rasional?

Apa rasionalnya? Apakah murid-murid yang memegang bendera parti politik di sekolah sudah layak mengundi parti2 politik di Malaysia? haha. Cukuplah, sistem pendidikan kita yang ada sekarang pun masih banyak lompang. Fokuskan dahulu kepada meningkatkan mutu pendidikan, belum dikisahkan lagi persoalan akhlak dan moral murid/pelajar sekarang, amat merisaukan! Jika politik kepartian diperingkat IPT amat dialu2kan bersesuaikan dengan umur dan kematangan mahasiswa, disamping melatih kepimpinan masa depan. Ini sekolah bro! budak berhingus pun tak habis lap lagi.haha

Cukuplah sekadar Politik Kepartian berlegar di luar kawasan. Aku menyeru pihak sekolah di mana2 sahaja tempat usah dibiarkan sekolah dijadikan "kuda tunggangan" pemerintah yang cuba mengambil kesempatan, disamping menjadikan anak2 murid kalian sebagai mangsa.

*Kalau dapat kat aku bendera tu kat dalam sekolah, gua buat lap kaki masuk tandas guru.haha

5 comments:

  1. Salam, ok sy mmg setuju dgn hal ni. Sedangkan para mahasiswa & mahasiswi pon 'dibantai' klw terlibat dgn politik, apatah lg budak2 sekolah, sekolah rendah lak tu..heh..main pointnya sebenarnya, xpe klw BN, konon sokongan utk kerajaan, tp klw kena Pas atau PR, terus jd isu besar..yg penting, politik apa2 pun BN ke, PR, Pas ke whatever yg seangkatan dgnnya, mmg tak patut diserapkan pd mereka yg mcm kau ckp, lap hingus pon belum habis lg, haha.

    ReplyDelete
  2. tp kami ckgu2 tetap akn menyokong PR dlm PRU 13 ni. ingt kami takut......Semuanya Allah punya...

    ReplyDelete
  3. Cuba pihak yg satu lagi guna budak2 sekolah siap seminggu cerita diulang2 dlm TV. Kalau nasib tak baik hantar waran tangkap lagi kepada ibu bapa seperti kes Himpunan Kebangkitan Rakyat baru2 ni.

    ReplyDelete
  4. Berpolitik kat luarlah kalau berani,
    bukan kat sekolah dan dtg je bila nak hulur bantuan BP,itu pun bukan duit kerajaan,tapi duit rakyat,tak ada buat ceramah ke kat mana2?Asyik PM je yg berceramah,yg lain2 yg kuat bising dlm parlimen tu menyoruk kat mana?

    ReplyDelete
  5. Sakit mata kakak - apa yg dikatakan lynndamya, Anonymous, Jay Ar dan thomas semuanya sama ada dlm kepala kakak.

    Apa yg sedih bendera abang pasang tengahmalam pagi dah kena cantas tapi bendera mereka kami tak usik pun kenapa bendera pun takut ke?

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...