Pages - Menu

16.2.13

35 RIBU hadir Gelombang BIRU (KEDAH) Anjuran BN (Gambar)


Salam untuk semua,

Malam ni aku tergerak hati untuk hadir meriahkan sama Gelombang Biru ajuran BN, depa buat kat taman aku ja...sebelah tapak pasar malam. Gerak hati ini atas pesanan seorang sahabat yang minta aku hadirkan diri untuk melihat sendiri perjalanan majlis BN. Dihadiri oleh beberapa orang menteri salah seorang TS Muhyiddin Yassin. Aku sampai kira2 jam 9 malam, elok2 majlis bermula. Aku ada kat majlis itu lebih kurang 30 minit sahaja, pusing2 ambil gambar...aku cau.hehe.

Mula majlis dengan Lagu Negaraku, BN, yang menarik ada yang tak hormati majlis...ada yang berjalan2, yang masih duduk tak pedulikan lagu kebangsaan, tak kurang berbual2 rancak semasa lagu dinyanyikan. Lepas tu, bacaan doa...aku lepak belakang sekali nak dapat posisi baik untuk lihat jumlah kehadiran. Masa bacaan doa, yang tadah tangan ada la beberapa pakcik tua, anak2 muda kebanyakkan buat tak kisah apa yang di dengar...depa lebih rancak berbual tak kurang masih khusyuk dengan makanan masing2. mungkin begitu akhlak sebenar...moga diberikan hidayah.

Pengerusi Majlis umumkan, kehadiran malam ni 35 RIBU orang! Mak aiiii! Ramainya bilangan tu, tak padan dengan mata kepala aku yang lihat! haha. tak kisahlah mungkin pengerusi darabkan setiap hadirin yang hadir dengan 10.haha. pedulikan. Aku sempat dengar ucapan dua orang awal sahaja, tak sempat dengar ucapan TS Muhyiddin. Aku lihat kehadiran masyarakat bukanlah untuk dengar sangat ucapan, tapi datang nak makan! haha. mana tidaknya, waktu ucapan dan laung 1MALAYSIA! yang duduk luar khemah lepak2 ja makan, sembang rancak, yang sahut sangat laungan tu puak2 yang depan pentas utama. Yang lain kelu. Mungkin kekeyangan.hehe.

Benda yang aku paling tertarik malam ni adalah BUDAK-BUDAK/KANAK-KANAK! Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 lepas, pihak berkuasa beria2 nak cari waris yang bawa budak2, malam ni aku dah shoot! beberapa orang waris/ibu bapa yang bawak anak kecil dalam himpunan umum....apa cerita pula? Tiada akta untuk tahan ibu bapa demikian? Mana perginya Akta Himpunan Aman? Begitulah kisah undang-undang kita...

OK, layan dulu gambar kat bawah ni...













14 comments:

  1. Elok ramai sudi datang makan jika tidak sayang membazir.

    ReplyDelete
  2. 30k tu kerusi jer kan...
    Org x smpai pun sebanyak tu....
    hahahaa

    ReplyDelete
  3. ya, sayang takut membazir

    Kehadiran ramai ketika PSY dulu ramai datang takut membazir 2 juta =)

    ReplyDelete
  4. 30 k 2 blangan makanan yg dsediakn kot... hahaha

    ReplyDelete
  5. kira kerusi dulu...oder 35ribu bijik..

    ReplyDelete
  6. Polis tanak cari mak bapak yg bawak budak2 ke?

    ReplyDelete
  7. rumah aku sebelah taman tmpt berlangsungnya perhimpunan tsb (tmn ria jaya sungai petani)..kalau x disediakan bas, makan dan duit saku.. jgn harap la org nak datang.. slogan BN menang rakyat senang patut ditukar kpd BN menang ameno kenyangg...hahahaha...

    ReplyDelete
  8. Geng kami pi sana cuma nak makan saja.
    Bukan duit mak bapak BN pun, duit rakyat tu. Tapi, disalahguna utk parti Barua Negara (BN)

    Ha..ha..ha..
    BN perasan kita orang sokong dia orang.
    ha..ha..ha..

    ReplyDelete
  9. Hari tu pak2 polis pakai cermin mata hitam. Sebab tu la tak nampak ada bebudak kat sana tu.

    he 3x...

    ReplyDelete
  10. Bangang punya BN..tak reti kira..depa dok kira kerusi dari org..mcm mana nak jadi perintah..inikali mampus hang BN

    ReplyDelete
  11. Moga digerakkan hati-hati kita ke arah yang lebih baik lagi, insyaAllah.

    ReplyDelete
  12. Ni semua fitnah ni,geng pakatan memang suka buat fitnah.Ni gambar edit sebenarnya yang hadhir ratus ribu,tak percaya tunggu je nanti bloger pro kerajaan akan siarkan gambar "sebenar" kat blog masing-masing,haha..

    ReplyDelete
  13. ijoks2009, betul tu.....gambar2 ni diambil awal lgi sebelum TPM datang...TIPU BANYAK YOU YA!

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...