Pages - Menu

27.1.13

PM Malaysia ke Palestin Melawat HAMAS, Bukan FATAH.

Salam untuk semua, moga dirahmati

DS Najib baru ni ke Palestin bersama isteri tercinta DS Rosmah (kak ros), yang menarik lawatan ini bertemu dengan para pimpinan HAMAS, pimpinan Ismael Haniyah...bukanlah FATAH pimpinan Mahmoud Abbas walaupun kedutaan rasmi Palestin di Malaysia adalah dibawah naungan FATAH. Pertama aku ucap tahniah kepada PM kita, sekurang2nya lawatan ini membuka kesedaran tentang penderitaan di sana dengan lebih dekat, menjiwai kesengsaraan anak Gaza...selain keberanian memijak kaki di bumi mulia.

Tapi tak cukup sekadar membuat lawatan, kerana GAZA yang tertindas bangun untuk menang memerlukan sokongan hebat semua negara2 Islam, bukanlah ketenteraan semata2 tetapi lebih utama pengamalan Islam secara syumul dalam negara Islam itu sendiri. Gabungan negara2 Islam yang berkualiti keislamannya jauh memberikan impak kepada negara2 bangsat Yahudi dan sekutunya.

Yahudi Zionis tak pernah rasa gentar, kerana mereka sedar tinggalan negara2 jajahan mereka telah dididik dengan acuan mereka...hiburan melampau batas, pergaulan bebas, arak, zina dan sbganyai, Islam hanya pada nama. Kembali kepada Islam, kedaulatan Islam pasti menjelma. Moga Allah campakkan hidayah kepada para pemimpin di Malaysia, mentadbir atas acuan dan syariat yang betul, membawa rakyatnya jua ke jalan yang diredhai.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...