Pages - Menu

17.1.13

PEMALSUAN KAD PENGENALAN! Bukan Kisah Dongeng

 gambar hiasan

Salam untuk semua, moga dirahmati

Beberapa hari lepas ada Anonymous dok rajin sangat komen blog aku, paling menarik dok soal aku isu PEMALSUAN KAD PENGENALAN! "mohon maaf saya tidak bekerja di Jabatan Pendaftaran" Beberapa hujah aku yang kosong tanpa bukti mungkin meragukannya. Tak nafikan, aku sendiri sekadar membaca sekali imbas tanpa memikirkan dengan kritikal benda ni...tujuan asal sekadar pengetahuan diri sendiri. Tetapi aku nak kongsikan sedikit untuk kalian. Sebelum melihat jauh boleh baca dulu komen Anonymous ni kat bawah supaya anda lebih jelas...
1. Boleh tunjukkan laporan tu kat aku sbb aku x pernah tgk. aku ni bkn jenis dgr2 ckp org ni. So maybe terlepas pandang sebelum ni. Aku nak tengok. Kalau betul polis x endah, aku mintak sgt2 korang suma ambik tindakan sendiri mcm aku rekomen tadi:). Setakat sembang ni aku x ambik pot. Bukan susah bro. Kalau aku nampak bangla mengundi depan belakang aku besok, memamg nahas. Dan undi aku terus ke PR. :)

Pemalsuan kad pengenalan mmg berlaku. Dah pernah klr berita pun. Tangkapan dibuat sana sini. Pelik gak aku kerajaan zalim ni nk bg bangla ic biru tapi pastu main tangkap2 plak pegawai yg bertanggungjawab. X ke spoil plan gitu? Maybe gian main 'polis n tree' masa kecik2 dulu. Aku pun gian gak zaman2 indah tu kdg2.

Sila kemukan bukti yg pemalsuan kad pengenalan didalangi kerajaan utk tujuan mendapat undi dan bukan didalangi individu tertentu atas sbb2 sendiri (duit masyuuukkk). Fahamkan soalan ni betul2 n jgn pusing2. Atau x perlu jawab je lebih elok. I couldn't care less ada atau x jawapan.

Nah! Sekarang isu PEMALSUAN KAD PENGENALAN (siasatan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang asing di Sabah ) tengah PANAS! "Hallo BRO, lu jangan lupa baca isu ni, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang....."

Di bawah petikan berita terbaru Malaysiakini
Petikan berita: Seorang pelarian dari Filipina memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja berhubung masalah pendatang asing di Sabah bahawa beliau dan individu lain dijadikan warganegara Malaysia tanpa usaha mereka sendiri. Ismail Balaka berkata beliau menerima kad pengenalannya tiga bulan selepas satu kumpulan misteri melawat penempatannya di Kinarut untuk mendapatkan butiran peribadinya.

Katanya, beliau tidak dapat mengingati tarikh kejadian tersebut. Tambahnya, kumpulan itu datang dengan menaiki satu kenderaan tidak bertanda dan menghimpunkan semua penduduk kampung tersebut pada satu tarikh. Katanya, kumpulan itu meminta penduduk kampung tersebut mengisi borang, dan turun mengambil cap jari dan gambar mereka. Katanya lagi, beliau pada masa itu tidak tahu apakah tujuan kegiatan tersebut tetapi diberitahu seorang rakannya bahawa ia adalah untuk kad pengenalan.

Selepas menerima kad pengenalan tersebut, beliau dapat memohon untuk mendapatkan kad penempatan yang dikeluarkan unit penempatan di Jabatan Ketua Menteri. Ismail mengakui bahawa beliau tidak pernah memiliki pas lawatan pelarian, kad penempatan sementara atau kad penduduk tetap sebelum memperolehi kad pengenalan biru itu. Beliau tiba di Sabah dengan satu bot nelayan pada 1975 dari Pulau Ubian, Filipina ketika melarikan diri dari konflik di kawasan tersebut.
Nanti PRU13, mohon Anon ini ambek port kat SABAH, usha2 kalau2 ada puak Filipina mengundi nanti =)
Petikan berita: Bekas ketua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tamparuli, Yakup Damsah semalam memberi keterangan bahawa dia dan beberapa orang lain menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, yang merupakan setiausaha politik kepada Dr Mahathir pada masa itu untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing.

Seorang lagi saksi, bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin mendakwa menerima arahan dari timbalan menteri dalam negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub untuk mengeluarkan resit kad pengenalan sementara (resit JPN) dengan tarikh luput kepada warga asing, semata-mata untuk tujuan pilihan raya.
Petikan Berita: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bapa kemerdekaan Tunku Abdul Rahman melakukan perkara "lebih teruk" dalam tindakan memberi kad pengenalan kepada warga asing. 

Mahathir ketika ditanya pemberita, mengakui bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing semasa pentadbirannya. "Saya buat sebelum pilihan raya. Mungkin kebetulan. Saya tak tahu. Tapi ia mengikut undang-undang. Perkara itu berlaku sebelum pilihan raya tak bermakna melanggar undang-undang," katanya lagi.(UNDANG-UNDANG YANG DIMANIPULASI)
Mungkin PETIKAN BERITA yang terkini bukanlah hujah yang konkrit untuk menjawab, tapi sekurang2nya mampu menjawab Apakah BENAR-BENAR berlaku Pemalsuan KAD PENGENALAN ini?


Dan sekarang aku sedang membaca karya tulisan YB Saari Sungib (ADUN Hulu Kelang) penulis buku Sengsara Kem Kemunting Kisah Hidup dalam Penjara ISA, 362 halaman muka surat. Masih dalam pembacaan, dikisahkan diawal bab buku tersebut tentang kisah beberapa orang tahanan yang ditahan dibawah ISA atas isu Pemalsuan Kad Pengenalan! YB Saari juga bekas tahanan ISA yang dipenjarakan dua kali zaman Kebangkitan Reformasi 1998 dan 2001. Yang berminat isu2 politik dan sejarahnya perlu dapatkan.

Sampai bila kita nak biarkan Kerajaan yang berdiri sekarang sebahagiannya atas undi dari tangan2 yang tiada hak langsung!? Anda fikirkan...lebih mulia KALAH dengan SISTEM YANG ADIL, dari MENANG dengan SISTEM YANG KORUPSI!

9 comments:

  1. "Nanti PRU13, mohon Anon ini ambek port kat SABAH, usha2 kalau2 ada puak Filipina mengundi nanti =)"

    Nope, pihak yg menuduh yg perlu ambik port dan usha dan tangkap :). Kerana mereka yg perlu buktikan dakwaan mereka, bukan sebaliknya. Kasi faham konsep mudah itu dulu. Jgn risau, aku sendiri akan usha2 di kawasan aku. Aku pernah terbaca dakwaan mengenai indon dan bangla yg juga diberi ic. Tunggu pru13 usha2 sekali dan sila buktikan :) Bercakap tentang indon dan bangla mengundi mmg mudah, apa kata kita tunggu bila tiba masanya nanti, adakah semudah kata2 yg x keluar modal tu :)

    "Mungkin PETIKAN BERITA yang terkini bukanlah hujah yang konkrit untuk menjawab, tapi sekurang2nya mampu menjawab Apakah BENAR-BENAR berlaku Pemalsuan KAD PENGENALAN ini?"

    Tepat sekali!!! Sori petikan berita juga tidak mampu menjawab apa-apa. Kita semua tahu pemalsuan berlaku. Tp utk mengatakan ia didalangi kerajaan utk tujuan memegang kuasa perlu ada bukti black n white. Setakat mana betulnya berita itu kena disahihkan betul2. Berita tu cuma permulaan supaya siasatan blh dibuat, x lebih dari tu.

    Aku ni bkan buta hati xblh terima kebenaran. Tapi aku jgk bkn jenis terima sesuatu tanpa bukti kukuh. Dan aku jgk x suka sebarang penipuan berlaku. Kalau ada penyangak dalam umno ni, aku sokong je dia diheret ke muka pengadilan. Tapi hakikatnya keratan akhbar ni masih lg bukan bukti kukuh kan? Kat mahkamah mmg x blh terima. So aku akan ambik ni sbgai satu benda yg perlu diberi perhatian, mungkin di masa akan dtg, benda ni akan dibuktikan x betul, atau sebaliknya akan ada bukti2 lain yg lbh kukuh utk menyokong dakwaan ni. Kalau sapa2 rasa berita ni membolehkan dia membuat dakwaan merata negara, cerita kat si polan itu dan ini, bahawa semua dlm kerajaan mengizinkan perkara ini dgn tujuan memenangi pru, silakan. Sendiri blh fikir antara kebenaran atau hearsay.

    Suruhanjaya siasatan diraja sdg menyiasat. Tggu jelah. Xperlu kot membuat kesimpulan benda yg blm pasti. Dan xperlu kot aku nk mengajar apa hukumnya dlm Islam buat tuduhan sesuatu yg x betul2 pasti lg kan?

    Anyway oklah tu kerajaan zalim membenarkan penubuhan suruhanjaya utk menyiasat. Mcm gali kubur sendiri ye dok??? Kalau aku nak zalim kasi zalim abis jek :). Buatpe nak tubuh suruhanjaya, nak kalah dlam pilihanraya kat selangor, etc, nak bg makan kt peserta bersih yg ditahan, buang karan je.

    ReplyDelete
  2. "Suruhanjaya Diraja" lazimnya begitu, sekadar ada kes wujudkan hitam putih, akhirnya penyiasatan "ke laut".

    Bukan gali lubang kubur, tetapi tutup lubang kubur pelahan2 oleh si Penggali yang awalnya mengoreknya.

    Bebas? Adil? Nilai secara jujur kes-kes yang lalu. Wallahu'alam =)

    ReplyDelete
  3. Cakap mmg senang kan:) Beza antara aku dgn kau ialah aku sgt open dan ok je dgn mana2 ahli umno atau bn yg kena tangkap. Mmg patut. Open bro, open.. macam yg kau sarankan tu. Kena open, jgn baca utusan je, kan? Gua dua2 pihak gua teliti :) Tapi kau ikut tak nasihat kau sendiri supaya bersifat terbuka??? Aku tgk pembangkang kalau kena kat pemimpin sendiri cuma nak defend abis2 jek. Xnak siasat pun. Suma fitnah UMNO kankan? Tu je defence yg ada. Papehal susah nk jawab cakap je konspirasi umno, kehkeh..xpelah, masing2 blh fikir sendiri. Jgn lupa menilai secara jujur halaman rumah sendiri :)

    ReplyDelete
  4. Dah habis hujah tentang Isu Kad Pengenalan? Mohon jangan menyimpang. =)

    Kalau aku tak berfikiran terbuka: Anonymous tak mampu nak komen di sini, dah lama aku aku buat AKTA SKMM dalam blog ni, dah lama komen2 Anonymous ini dibakul sampahkan! =)

    Kalau terbuka, berani nyatakan siapa diri menggunakan nama sendiri, berani kerana benar bukan berselindung dengan topeng2 palsu =)

    ReplyDelete
  5. Kau nak bkul sampahkan? Silakan..see if I care. Tu cuma membuktikan kau mengamalkan censorship dan x terbuka, sama je mcm media2 yg kau menyampah tu. Anon atau bernama tu kau x payah risau kot. Xde affect apapepun. Ini demokrasi :) Ok on topic, statement sebelum ni aku tarik blk :). Kau tau apa beza kau dgn aku? Aku tulis "kerajaan zalim membenarkan penubuhan suruhanjaya utk menyiasat. Mcm gali kubur sendiri ye dok???" Satu persoalan di situ :))) Kau plak tulis "Bukan gali lubang kubur, tetapi tutup lubang kubur pelahan2 oleh si Penggali yang awalnya mengoreknya." Satu statement xde bukti seperti biasalah kan, yg blh menimbulkan fitnah di situ. Kalau kau ok n selesa dgn tu, teruskan. Tapi x perlulah kau nk mengajar org lain tentang fitnah lagi. Salam..

    ReplyDelete
  6. Suruhanjaya Diraja

    Bukan fitnah, ini fakta bukan aku sembang2 kosong kedai kopi. Aku ambil contoh Suruhanjaya Diraja utk BERSIH3.0 lepas. Sapa ketua panel Suruhanjaya?

    Ketua panel siasatan waktu tu Tan Sri Hanif Omar (bekas K.Polis Negara) yang pada awal membenci BERSIH, dengan kenyataan plbgai. Tapi Diangkat jadi Ketua Panel Siastatn Suruhanjaya utk BERSIH 3.0? Agak2 siasatan berlaku adil dan telus? lu pk sendiri....

    Sebab tu aku "tak Peduli" sgt apa siasatan Surahajya Diraja. Yang telus bagus dan tahniah. Tapi banyak Sandiwara! Undang2 masih dikawal manusia zalim apa kes buka lah hitam putih segala bagai...ada rakyat nak percaya? rakyat bukan bodoh duduk dalam hutan lagi...ini fakta bukan auta bro....bukan aku ajar ttg fitnah, tetapi kasi lu fakta suruh fikir....

    Dan satu, aku bukanlah ahli mana2 PARTI, Parti UMNO mmg jauh sekali.haha.jadi, aku tak rugi apa2, aku menulis hanya pemerhatian peribadi. Yang tak puas hati lantak la, apa aku peduli.

    Justeru, bertrima kasih kasihlah aku tak bakul sampahkan, aku seorang berdemokrasi, rasanya jauh lebih baik dari TV1 dan TV3. =)

    ReplyDelete
  7. Berterima kasih??? Kehkeh..dh mcm najib dh bunyinya. Kalau najib cpt je kau kondem. Fakta apa? Aku pun x setuju dgn tun haniff. Dan aku pun bkn ahli mana2 parti. Tapi hearsay tetap hearsay dan fakta adalah fakta. Kau bercakap tentang pemalsuan kad pengenalan dan bila ada org mtk kau buktikan kau kata kau bkn kerja dgn jabatan pendaftaran??? Itu yg terbaik kau blh buat? So maknanya yg kau cakap tu kau x betul2 pasti lah? Kau perjuangkan sesuatu atas apa yg kau baca yg kau sendiri pun blm btul2 tau sahih atau x. Kau bukan kenal pun penulis tu sapa. Kau anggap buku tu fakta? No problemo, kita masing2 bertanggungjawab atas pilihan kita. Kau jgn risau aku sket pun xde rasa x puas hati. Tu perangai budak berhingus. Samada kau nk tong sampahkan komen2 aku pun aku xde masalah, silakan ini blog kau. Aku komen ni cuma nak bagi check and balance je. Kalau yg komen maki hamun segala bagai tu baru namanya x puas hati. X taulah le pasal apa org nak maki hamun sgt kat alam maya ni, bukan kena kat diaorg pun biasanya. Just chill..Nothing personal. Aku hormati pandangan kau dan aku x setuju, itu saja. X lebih, x kurang, dan x berapa heran utk ditongkan. Salam.

    ReplyDelete
  8. Suruhanjya BERSIH adalah satu cth yg boleh dfikirkan. awal isu ttg soalan Adakah benar pemalsuan ic...sekarang ruang jwapan sudah dibuka dgn isu ni...ingat kpd apa persoalan awal dulu....

    ReplyDelete
  9. Betul, akan aku fikirkan dan selidik lg :)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...