Pages - Menu

19.1.13

PARTIISME; Politik Kepartian Melampau. Masalah Baru Orang Kita..?


Salam untuk semua, moga dirahmati

Partiisme! Haha, ni aku berikan label sendiri. Masyarakat Malaysia sekarang ni aku lihat bermentaliti baharu. Partiisme (Parti+isme)! Apa benda dok merapu pulak ni...? Maksud aku, terlalu menunjangkan hati dan fikiran dengan semangat parti politik; kadang2 benda ni keterlaluan. Semua hal nak libatkan politik kepartian. Berat nanang boh!

Contoh:
" Perghh...kesian bro...hang tengok kucing tu beranak anak cacat, bisu pulak tu...ni mesti kurang vitamin, UMNO dok kedarah duit dan kunci habis mulut rakyat sampai kucing pun dapat kesan sama."
"Tu dia...apa ni lubang tandas masjid ni sumbat, perghh kotor gila...apa jenis tak jaga kebersiahan ni...ni semua salah Kerajaan PAS ni...miskin sampai nak repair tandas tak dak duit."

Intro

Politik+kepartian. Dua perkara yang digabung untuk dibawa masuk ke padang demokrasi; tujuan lain untuk memilih kuasa. Tubuhkan Parti salah satu syarat dan undang2 untuk berkuasa, melainkan bertanding atas bendera BEBAS, tapi hampir mustahil untuk wujudkan Kerajaan yang berkuasa hasil calon2 daripada kemenangan calon BEBAS. Dalam konteks Malaysia sahaja, negara lain aku tak tau...haha.siapa yang nak bertanding Pilihan Raya + Berkuasa perlu berparti.

Politik. Mengikut kamus Dewan Edisi Keempat; bermaksud ilmu pemerintahan, ilmu kenegaraan, ilmu pentadbiran. Selalu orang salah anggap, asal disebut politik, yang difikirkan PAS, UMNO, DAP, Pasok Momogun. Sedangkan politik ini ada di mana2, bermula dalam rumah tangga, sekolah, pejabat, kumpulan sukan, apa sahaja bentuk organisasi semua ada politik. Tak dak politik, hancur lah organisasi tu...siapa kepala, siapa anak buah, siapa pula penyokong.? Ilmu politik sangat penting, sebabnya manusia tak kan hidup bersedirian sekalipun dalam hutan pasti bersama kumpulan.


Impak

Partiisme; impaknya lebih terarah kepada negatif. Bukan kepada masyarakat sahaja tetapi diri yang berpanyakit demikian. Apa tidaknya, mental akan terus jumud dan terkongkong. Bukan siapa2 yang mengongkong tetapi diri sendiri yang tersilap menelan vitamin Partiisme. Apa sahaja yang tidak kena dengannya, dikaitkan terus dengan semangat kepartiannya. Jika benda tu munasabah ok! Tiada masalah, tetapi banyak perkara yang tidak munasabah dikaitkanpastinya lebih kuran contoh diatas.

Politik Kepartian keterlaluan sebenarnya menutup ruang perbincangan, menutup pintu persaudaraan, terputus hubungan silaturahim, wujudkan kebencian melampau2. Tiada siapa yang rugi, malah kita terus lemah, kematangan terus terkubur akibat sikap dan pemikiran kita. Diingatkan! aku bukan syor perpaduan UMNO-PAS....haha.itu aku sendiri tak setuju! ok, itu bab lain. Ini soal mentaliti!


Punca

Aku pilih satu sahaja punca. MEDIA. Media internet atau akhbar sama sahaja. Hampa cuba tengok, isu paling panas hari2 isu POLITIK KEPARTIAN. Hang maki aku, aku maki hang...si fulan fitnah si fulan....si fulan tuduh si fulan. Kalau negara maju, habis pilihanraya adalah masa bekerja. Tapi Malaysia habis pilihanraya, kempen parti masih berjalan lancar, kadang2 makin hari makin panas seperti esoknya pilihanraya kembali....haha. Hebat Malaysia ni, aku sendiri pening, sebab tu aku menyampah gila nak baca paper, Utusan? haha. dah lama aku tak sentuh. Hampa nak cop aku Kepartian? haha lantak p! sebab tu antara akhbar paling tua kat Malaysia, tapi berita paling tak matang dan membodohkan.

Media aku pilih; sebab media adalah paling berpengaruh untuk semua. Hah! Malaysia merdeka, benda paling hangat dibincangkan apa? Akhbar2 yang paling laris dikeluarkan pada zaman tu....penulis2 yang terkenal zaman tu...tak hairan sasterawan lahir banyak di era tersebut kerana "bahayanya" penulisan kepada pembaca. Pengaruh luar biasa. Media sangat membentuk cara fikir.


Rasional

Ekonomi, Pendidikan, Urus Tadbir, Kebebasan Bersuara, sangatlah rasionalnya dikaitkan politik kepartian, lain parti membawa visi dan misi berbeza....di situ rakyat pula kena bijak menilai. Justeru, perlu lebih rasional kita dalam membincang apa sahaja, ilmu dan fakta perlu kehadapan daripada meletakkan partiisme ditunjang. Selamat menempuh detik2 pilihan raya.

Ini kali aku Ubah! haha. agak2la lama dah kot... =)

2 comments:

  1. Setuju! berpada-pada.

    ReplyDelete
  2. Jom kita buat parti sendiri la bro. Habis cerita haha

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...