Pages - Menu

27.1.13

Kenapa Kaum Cina Lebih Mudah Tolak BN, Berbanding Melayu dan India?

Salam untuk semua, moga dirahmati

Orang Cina majoriti tolak BN dalam PRU12 lalu, dan sokongan mereka masih sama! haha. Golongan cina lebih hebat membuat protes senyap kepada kerajaan memerintah, berbanding Melayu dan India. Memandangkan aku guru di SJK (C), pengalaman berbual, melihat, menilai, mendengar, segala bentuk budaya dan cara hidup mereka mungkin dalam setahun aku sedikit memahami kenapa kaum Cina lebih pakar membuat protes senyap menolak kerajaan.

Pertama, bagi aku kaum Cina mempunyai daya juang dan berdikari yang tinggi. Mereka hidup tak bergantung pada "sudu suap" daripada kerajaan. Ekonomi kukuh, persatuan cina saling menyumbang dan membantu. Kaum Cina hebat berbisnes, maaf cakap aku pernah mengajar tuisyen sebuah rumah banglo di KL, milik seorang jutawan Cina, masih muda dengan beberapa buah kereta mewah diparkir di luar. Guru yang datang hanya bermotorsikal...haha.siapa lagi.aku la..hehe.

Pemilik banglo tu orang kuat bisnes, kerja kuat, yang lebih baik tak pernah sombong dan megah dengan apa ada sebab beliau bermula dengan hidup susah sebagai seorang penoreh getah. Dengan kekayaan dan kekuatan ekonomi, apakah kaum Cina mudah terpengaruh dengan kempen berbentuk duitan? Dalam menabur duit, sistem yang ada penuh korupsi...mereka kebanyakkan bukan golongan "bodoh ekonomi", kuasa ekonomi negara sekarang siapa pegang?

Kedua, kebebasan media. Surat khabar cina lebih terbuka, walau ada kongkongan tapi tak senaif Utusang. Tak papar gambar lucah, fitnah seks sebagainya secara keterlaluan...itu Utusang sahaja juara. Tak hairan pemikiran mereka kaum Cina lebih terbuka, kaum Melayu lebih terkongkong, terperap dek bahan pembacaan yang bermasalah. Kebelakangan ni rasanya dah berbeza dengan wujudnya alternatif media yang lebih terbuka, rakyat tak tertumpu dengan akhbar lapuk buat "balut nasi lemak tu..."

Sistem ekonomi Melayu dan India tak jauh beza, dan "lalang" dalam kedua2 kaum juga hampir sama....mudah dibeli kerana lemahnya kuasa ekonomi. Taburkan sikit duit, gelap mata...jika dilihat kesusahan dan taraf kemiskinan Melayu dan India juga tak banyak beza, mereka lebih banyak terpinggir daripada kos hidup sekarang.

Mudah lihat, taman perumahan teres setingkat, dua tingkat dan lebih mewah di KL kaum mana yang majoriti mendiami? Kaum Cina...kaum Melayu dan India di mana...? Flat sahaja lah macam aku sekarang ni...! Yang kaya sikit apartment dan kondominium...nak duduk rumah "bawah" macam mana kalau harga biasa rumah teres setingkat kadang2 cecah RM1 Juta!!! Melayu mana yang mampu beli...? Harap duit BR1M nak bayar sewa rumah? haha...buat bayar saman AES pun tak lepas nanti. ketua cawangan mungkin mampu...hehe

Sekadar pandangan aku...yang tak puas hati lantak p...aku bukan peduli. Yang pasti aku bukan Cina. Aku bangsa Melayu! Beragama Islam.

1 comment:

  1. Cara berfikir orang Cina lebih praktikal. Lagipun orang Melayu bersifat konservatif, tak suka kepada perubahan. Orang India melihat BN sebagai sumber untuk menaikkan taraf hidup mereka.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...