Pages - Menu

9.1.13

Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112, Polis dan Stadium LULUS

Salam untuk semua, moga dirahmati

KL112, Himpunan Kebangkitan Rakyat difahamkan telah mendapat kelulusan Polis, dan terbaru penggunaan Stadium Merdeka telah dibenarkan oleh pihak stadium. Perkembangan baik ke arah politik yang lebih sihat. Dah banyak siri aku lihat, demokrasi hancur! Hancur demokrasi mungkin kelihatan untung kepada parti pemerintah tetapi buruk di mata luar....dunia IT, apa jadi kat pedalaman padang pasir Afrika, kita dok ceruk hulu Sarawak pun boleh dapat berita...kadang2 siap lengkap gambar dan video.

Tapi aku sentiasa harap kita berwaspada apabila nak turun nanti, apa sahaja mungkin berlaku. Contoh BERSIH 3.0...Awal intro semua kelihatan aman, tenang, meriah...akibat provokasi sebahagian anjing upahan hancur dipenghujung, video Keganasan hampir saban hari bermain di kaca TV...waktu tu antara saat paling genting aku rasa, habis pelusuk KL yang aku tak pernah terokai diselinap sahaja...kisah dulu.

Turun atas tujuan yang jelas dengan prinsip demokrasi yang subur, elakkan termakan apa2 sahaja provokasi yang mungkin timbul. Apa pun, aku doakan semuanya lancar dan selamat. Terima kasih Polis dan Stadium Merdeka. Keamanan!

2 comments:

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...