Pages - Menu

5.10.12

Budak 12 tahun lebih baik daripada Einstein dan Hawking



GADIS PINTAR: Olivia Manning diterima menganggotai Mensa, sebuah pertubuhan komuniti IQ tinggi paling tua dan terbesar di dunia, selepas mencatatkan pencapaian 162 mata dalam ujian IQ yang dijalaninya.


Salam untuk semua, moga dirahmati.

Seorang gadis Britain berusia 12 tahun diterima menganggotai kumpulan Mensa, atau pertubuhan golongan manusia yang mempunyai IQ tinggi yang paling tua dan terbesar di dunia, selepas dia didapati lebih bijak daripada Albert Einstein dan Profesor Stephen Hawking.

Olivia Manning, yang berasal dari Liverpool, memperolehi 162 mata dalam ujian IQ, iaitu di atas purata 100 mata. Pencapaian yang diperolehinya itu bukan sahaja dua mata lebih tinggi daripada Einstein, seorang ahli fizik Jerman, atau Profesor Hawking, seorang pakar dalam bidang matematik dan fizik, malah meletakkannya dalam kalangan 1 peratus manusia paling bijak di dunia.

Dia kini diberi penghormatan menganggotai Mensa, yang membolehkannya menyertai rangkaian orang-orang pintar di seluruh dunia. Selepas disahkan sebagai genius, Manning menjadi selebriti di sekolahnya, North Liverpool Academy, di Everton.- Agensi

Azhan: Semua orang nak diiktiraf pandai, kerana itu pelajar berpusu2 mencapai matlamat "banyak A", tapi sedikit yang pandai mempunyai akhlak yang baik. Pentingnya kedua kombinasi "pandai" dan "berakhlak", hasilnya zaman kegemilangan Islam lahir ramai tokoh2 yang mengubah paksi dunia berlandaskan syariat.

2 comments:

  1. assalam, ramai genius Islam yg masih terpinggir dan kurang ditonjolkan...

    ReplyDelete
  2. Yang sering ditonjolkan ialah pandai tetapi kurang akhlak dan yang tak pandai tetapi baik akhlak. Dalam televisyen Malaysia pula, yang ditonjolkan ialah yang tak pandai tetapi kurang akhlak. Untuk mencapai kegemilangan Islam, mestilah yang pandai dan baik akhlak.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...