Pages - Menu

17.9.12

Bantahan dan Demonstrasi "Innocence of Muslim"


http://www.enciknakal.com/wp-content/uploads/2012/09/innocence-of-muslims-filem-hina-nabi.jpg


Salam untuk semua, moga dirahmati

Beberapa minggu ni kecoh satu dunia dengan filem Innocence of Muslim. Filem yang diarahkan oleh Sam Bacile Nakoula, mendapat bantahan besar-besaran di seluruh dunia negara umat Islam sehingga di Libya Duta AS, Chris Stevens bersama tiga pegawai AS mati akibat Pejabat Konsulat AS dibakar penduduk Islam di sana.



http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.85707.1347806067!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg

Hari ni Google di Malaysia sudah menyekat carian video di You Tube selepas mendapat aduan ramai terhadap filem tersebut. Minggu lepas aku sempat juga tengok juga video ni, ada member aku bagi link ...memang biadap dan kurang ajar apa yang digambarkan, sangat jijik!

Begitulah bencinya Yahudi dan Nasrani kepada Islam, penentangan ini bukanlah perkara yang baru..tetapi sejak zaman Rasulullah lagi bagaiman sirah menceritakan perkembangan Islam yang mendapat tentangan sengit...dipulaukan, dibunuh, diugut, diperangi, difitnah, dibaling baju dan najis, sehingga umat Islam terpaksa berhijrah, dan macam2 lagi halangan dan cabaran dalam perjuangan Rasulullah menyebarkan Islam. Tetapi jiwa kental seorang Kekasih Allah tidak pernah terhenti dengan cabaran itu sehingga di Malaysia, alhamdulillah kita semua bernafas dalam hati penuh iman dan takwa. 

 
 Tuan Guru Haji ABdul Hadi Awang bersama jemaah selepas solat Jumaat.


Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam turut sama menyatakan bantahan dengan pemuda UMNO.

Di Malaysia bantahan dilancarkan setiap negeri, hampir semua umat Islam berganding bahu sambil mengetepikan ideologi politik untuk menyatakan bantahan terhadap filem yang menghina Rasulullah. Aku berbangga PAS dan UMNO masih mampu berkerjasama dalam isu2 melibatkan umat Islam, bermakna segala tuduhan bahawa PAS anti perpaduan adalah tidak benar, kerana PAS menyambut baik pelawaan UMNO bergerak seiiring terhadap isu ini.

http://2.bp.blogspot.com/-d6i86CSHrNM/UFSqX7uSjOI/AAAAAAAA5VI/58VS8ykicfQ/s1600/himpunan+bantah+hina+nabi.jpg

Hari Jumaat ni akan diadakan lagi demonstrasi anjuran Pemuda PAS, aku berharap seluruh jentera PAS dan UMNO hadir bersama, nyatakan bantahan sebaiknya bahawa umat Islam di Malaysia punya kecintaan kepada baginda Rasulullah. Kepada sahabat2 yang ada kelapangan jom kita pakat turun...Rasulullah sebelum wafat, hingga di ajal yang terakhir masih menyebut Umatku, Umatku, Umatku...luar biasa sekali kecintaan Rasulullah kepada umatnya.

Apakah kita tidak mampu korban masa dan tenaga untuk mempertahankan maruah dan kesucian baginda? Bukanlah turun memegang senjata tetapi berhimpun sekadar menyatakan bantahan di jalan raya...kalau itu masih gagal lemah benar umat kita.

3 comments:

  1. tak tgk lagi video ni & tak tringin pun nak tgk...moga ALLAH membantu kita dlm jihad ni

    ReplyDelete
  2. Kalau di JB ada mesti kakak akan turut serta...

    Allahumma solli'ala Muhammad..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...