Pages - Menu

9.8.12

Ulasan Aku "Haram Sokong DAP...!"

Salam untuk semua, moga dirahmati Allah

"Haram Sokong DAP...!" Apa hal yang haram tu...seribu satu soalan aku mula tertanya2... Apa yang jahat sangat DAP ni...? Apa yang tidak kenanya dengan DAP sehingga diharamkan  oleh seorang ulama, seorang guru sekolah pondok Ust Abdullah Sa'amah. Hujah yang digunakan oleh beliau kerana DAP menentang kuat perjuangan Islam..terutama soal Hudud dan Negara Islam. 

MUSUH ISLAM

Aku sedikit terkesima dengan hujah yang diberikan, walaubagaimanapun aku tetap menghormati kerana aku bukanlah ahli dalam soal agama menentukan Halal dan Haram...kenalah rujuk yang lebih alim. Sebaliknya aku punya beberapa persoalan yang boleh sama2 kita fikirkan dengan terbuka dan berlapang dada. Tidaklah aku menuding jari pada sebelah pihak...memang benar ada ketika aku juga tidak senang sikap DAP yang tidak "terbuka hati" soal berkaitan dengan Islam! Kemungkinan dan punca2 itu mungkin boleh dihuraikan pada masa lain.

Hujah MENENTANG ISLAM...aku menilai MCA lebih keras bersuara menentang Hudud, MCA secara bersahaja mengungut meninggalkan komponen BN jika UMNO menerima Hudud sebagai undang2 di Malaysia...UMNO terbatu kaku, ketikusan menurut kehendak "rakan" demi kuasa. Apakah tidak haram mengundi MCA? Kes lain yang timbul, apabila seorang EXCO UMNO dari Johor menyatakan hasrat supaya Johor menjadi negeri pertama melaksanakan Hudud....hasilnya...YB tersebut terus dikecam hebat oleh "sahabat2" dari parti sendiri dan parti komponen lain. Siapakah sebenarnya dalang dan musuh? 

Seantero negara sudah maklum...al kisahnya UMNO sendiri sebagai parti mewakili bangsa Melayu mempertikaikan hukum Hudud. Ceritanya bukan baru-baru, tetapi sejak era zaman PM dahulu lagi. 2003, aku di tingakatan 3...mula belajar menilai cerita orang politik. Era itu isu Hudud kembali hangat. Secara jujur aku masih mampu ingat tarikh akhbar, siapa menteri dan kenyataan yang dikeluarkan....bagaimana biadapnya beliau mempersendakan Hukum Allah. Jelas terpampang muka hadapan. Tidak haramkah menyokong UMNO?

K-POP & BERSIH

Aku agak sedih apabila agama dijadikan bahan cubaan, tak kurang benteng akhir apabila diambang kejatuhan...apakah Islam hanya sekadar itu sebagai amalan umat Melayu? HARAM sana...HARAM sini...yang sepatut HARAM senyap SEPI. Isu hampir sama apabila BERSIH diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan...mudahnya jatuh haram...yang menarik mahkamah pula berkata BERSIH sebagai entiti yang sah. Makin keliru rakyat "biasa" yang menontonnya.

K-POP terkinja-kinja ala "olang utan" masih Halal dipersembahkan. Aku yang cetek ilmu terkeliru DEFINISI HALAL & HARAM dek hidup bernafas di era moden ini...Ustaz Azhar Idrus yang popular juga tewas KO dengan K-POP apabila kuliahnya dipindahkan. Apakah itu Haram dan Halal? 

TREND & IMPAK

"Haram Sokong DAP". Pengundi kaum Cina adalah populasi kedua terbesar selepas kaum Melayu. Melihat trend sokongan kaum Cina sememangnya tidak memihak kepada BN, buktinya dalam PRU12 tempat yang mempunyai populasi tinggi kaum Cina pasti melemaskan BN...tak kurang ada yang tewas hilang deposit pertaruhan. DAP menjadi platform terbaik untuk mereka pilih sebagai alternatif kepada MCA, tak kurang yang menjadi PKR dan trend baru adalah PAS dengan Dewan Himpunan yang semakin aktif.

Begitulah kitaran politik yang aku saksikan semakin subur kehadapan. Keterbukaan dan keberanian membuat perubahan. Untuk menyekat terpaksa meletakkan HUKUM. Sekatan HUKUM bukan sekatan mutlak kerana sekatan ini dilihat mampu menjerumus kembali si penghukum. Bayangkan apabila keluar perkataan "BAHAYA SOKONG UMNO", terbit daripada seorang intelektual kaum Cina... Apakah respons kaum Melayu? Perkasa pasti menghunus apa yang ada walaupun perut menjadi senjata.

Kebencian Melayu pasti akan memuncak...aku lihat itulah bakal terjadi kepada UMNO. "Haramkan DAP" bukan penyelesaian untuk menarik minat kaum Cina kepada BN, tetapi jurang kebencian semakin luas. Akhirnya, kebaikan berbalik semula kepada Pakatan Rakyat. Mungkin persekitaran politik dalam UMNO sedikit ketinggalan, permainan mereka semakin tidak relevan untuk digunakan tika rakyat di puncak kematangan. UMNO perlu berubah!

7 comments:

  1. maklum la..
    orang melayu ni takut sangt kalau orang cakap benda tu haram..
    jadi pihak2 tak bertanggungjawab ni suka la guna kan "haram" tu untuk takut2 kan rakyat..padahal yang sepatutnya haram tak diharamkan pun..

    ReplyDelete
  2. orang melayu pun takut pergi ke felda sebab Najib cakap diorang yang menentang penyenaraian tetapi terima duit saham tu adalah "HARAM JADAH" bunyinya seperti lebih hina dari orang yang mengundi DAP, sampai hati kau pak Najib,

    ReplyDelete
  3. Tok guru ngaji tak habih pun ada.

    ReplyDelete
  4. assalam, bila yg cakap tu orang agama, rakyat yg jahil tentu cepat percaya..

    ReplyDelete
  5. CARI LAH MN2 MANUSIA YANG PALING KUAT...CARI LAH MN2 MANUSIA YANG PALING BAIK...SMUA ITU TDAK TERKESAN KEPADA ALLAH...KERANA ALLAH ITU TUHAN YANG MAHA ESA DAN WAJIB DI SEMBAH... KLUAR KAN FATWA UNTUK KEUNTUNGAN POKET SENDRI DIDUNIA INI..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...