Pages - Menu

10.8.12

Qiam With Me Dapat Pengiktirafan Malaysia Book Of Record

Salam untuk semua, moga dirahmati

Apa khabar Ramadhan kita? Makin memuncak atau semakin mendongak turun...insyaAllah aku doakan masa yang berbaki kita semua terus iltizam untuk beramal seterusnya memperoleh nikmat dan barakah Ramadhan ini.

Aku teruja lihat program Qiam With Me, Sultan berqiyamulail bersama rakyat di Istana...agak luar biasa suasana ini kerana amat jarang program agama sehebat ini menghimpunkan golongan raja, pemimpin dan rakyat bersama-sama beribadah...berdiri, rukuk dan sujud bersama dalam tempat serba mewah bagi rakyat biasa.

Program seumpama ini mewujudkan ikatan lebih mesra antara Sultan dan rakyat terutama dalam lingkungan agama yang murni. Perkara ini juga bukanlah terhasil dalam jangka waktu yang pendek tetapi proses tarbiah golongan ulama kepada golongan elit menjadikan kondisi beragama lebih mantap dengan penglibatan Sultan secara langsung.

Aku doakan Sultan Muhammad V dirahmati dan menjadi perintis semula kepada kegemilngan Islam di zaman silam Kesultanan Melayu Melaka.

Petikan Berita Sinar Harian
KOTA BHARU- Kelantan negeri pertama di negara ini mencipta sejarah mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Record (MBOR) dengan penyertaan terbesar seramai 6,000 rakyat berqiamulai bersama Sultan Muhammad V, malam kelmarin.

Terdahulu dalam majlis bersempena Qiam With Me bersama Sultan Muhammad V yang bersejarah dan julung kali diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian itu, baginda menunaikan solat Isyak dan Tarawih bersama rakyat.

5 comments:

  1. السلم عليكم ورحمة الله

    Allahu Akhbar, jika semua pemimpin sepertinya alangkah elok

    ReplyDelete
  2. assalam, dunia pun ikhtiraf...lebih2 lagi rahmat dan barakah dari Allah SWT,,,

    ReplyDelete
  3. Syukur!, setelah ratusan tahun....

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...