Pages - Menu

28.4.12

BERSIH 3.0: Ulasan aku (Gambar Seluruh Dunia & Video)



Salam satu bersih! Salam perjuangan buat teman

BERSIH 3.0, 2012 tinggalkan memori indah...sejak aku turun ke jalanan BERSIH 1 2007 dulu...momentum kali ini lebih hebat aku rasakan. Jumlah kehadiran agak luar biasa...pertama sekali aku berterima kasih kepada KERAjaan Malaysia yang tidak memberikan tekanan hebat seperti BERSIH 2.0 dulu...

 
 Penyanyi tersohor tanah air suatu ketika dulu...

Awal2 pagi perjalanan ke Pusat Bandaraya, train sudah sesak dengan lautan manusia...kehadiran bangsa CINA begitu ramai yang hadir membuka mata aku tentang kesedaran demokrasi mereka lebih hebat berbanding bangsa aku sendiri. (sudah banyak kena suap, zon selesa; boleh makan tidur main dengan anak bini cukup la....sebahagian pemikiran bangsa Melayu)


 Protesters charge at a police vehicle as it sprays them with its water cannons in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, April 28, 2012. Malaysian police fired tear gas and chemical-laced water Saturday at thousands of demonstrators demanding an overhaul in electoral policies that they call biased ahead of national polls expected soon. At least 25,000 demonstrators had swamped Malaysia's largest city in one of the Southeast Asian nation's biggest street rallies in the past decade.

Seusai solat Zohor, suanan tenang...tenteram...semua aktivis BERSIH berkumpul sepanjang jalan Masjid Jamek dan jalan menghala ke Sogo...aku melihat polis juga memberikan kerjasama baik dan tidak menghalang laluan kepada sesiapa...aku juga sempat berbual2 dengan abg2 polis...mereka pun tidak kisah dengan kehadiran yang ramai...itu cerita awal pagi...
Protestors challenge police during an anti-government rally near the historical Merdeka Square in Kuala Lumpur on April 28, 2012. Thousands of protesters gathered in the Malaysian capital to demand electoral reforms, defying a lockdown of central Kuala Lumpur that left it a maze of razor wire and barricades.

Jam 2.45 petang, keadaan mula tegang...dalam lautan manusia....polis mula menembak water canon dan gas pemedih mata di tengah2 himpunan...gila babi! tanpa amaran dan apa peringtan tembakan tu terus disasarkan kepada aktivis...PUNCAnya kerana kelihatan beberapa aktivis cuba merempuh ke Dataran Merdeka....itu kesilapan...kerana pemimpin BERSIH sudah bersetuju tidak menggunakan Dataran Merdeka sbg tempat berhimpun...khabarnya provokasi berpunca daripada SB polis sendiri...



Anti-riot police drag away a protestor during an anti-government rally near the historical Merdeka Square in Kuala Lumpur on April 28, 2012. Thousands of protesters gathered in the Malaysian capital to demand electoral reforms, defying a lockdown of central Kuala Lumpur that left it a maze of razor wire and barricades.

Bermula tembakan keadaan terus tidak terkawal....keganasan dan provokasi terhadap aktivis tak dapat dikawal lagi. Tapi aku tak boleh salahkan polis secara total...provokasi awal itu mungkin jadi punca utama...tak sepatutnya berlaku....keadaan sudah tenteram tak perlu bertindak untuk masuk ke Dataran Merdeka. Pihak berkuasa sudah beri sedikit ruang dan kelonggaran rasanya aktivis juga perlu gunakan ruang dan peluang yang diberikan.

 

 Gelap di mata, cerah di hati...

Video 

Hampa tengok sendiri video bawah ni...nilai dengan terbuka...

 
 Polis membelasah seorang aktivis tanpa belas kasihan....



Kereta peronda laju melintasi aktivis lalu terbabas melanggar beberapa orang...apabila dihayati video ni...orang membaling objek punca polis terbabas...dan aku bertanya juga..."Apa hal lu bawa kereta tempat orang berhimpun...? Mereka terpaksa terbalik kereta kerana seorang aktivis masih terbaring di bawah kereta...(dalam berita aktivis juga ganas...haha) Tahniah kepada aktivis yang berjaya kawal semula keadaan dan membantu seorang anggota polis keluar daripada kereta...tetapi itu tidak berlaku kepada aktivis yang dibelasah oleh anjing2, tiada yang datang membantu dan mengawal keadaan...

*Dua buah motorsikal polis juga terbabas selepas cuba untuk melanggar aktivis, akhirnya menjadi "lauk"...itu jadi depan2 aku...
Azhan: Tahniah buat semua aktivis BERSIH! Menuntut sebuah keadilan dalam sebuah negara yang naif demokrasi. Kita turun bukan kerana individu...kita turun bukan kerana parti politik, kita turun demi menuntut keadilan pilihan raya. Kalau Pengerusi SPR ahli UMNO...apa anda sangka PRU mampu berjalan seadilnya..? Ingat! Sejarah BERSIH 1.0 pada 2007, kesannya PRU12 pada 2008...tak mustahil PRU13 sejarah baharu pentadbiran negara.

Gambar Di Malaysia & Seluruh Dunia

BERSIH 3.0 di Esplanade, Pulau Pinang


BERSIH 3.0 di DBJB, Johor Bahru



BERSIH 3.0 di Ipoh

BERSIH 3.0 di Kota Kinabalu

BERSIH 3.0 di Adelaide

BERSIH 3.0 di Auckland

BERSIH 3.0 di Melbourne

BERSIH 3.0 di Dublin

BERSIH 3.0 di Singapore

BERSIH 3.0 di Taiwan

BERSIH 3.0 di Sweden & Denmark

BERSIH 3.0 di Hong Kong

BERSIH 3.0 di Tasmania

BERSIH 3.0 di The Hague, Netherland

BERSIH 3.0 di Dubai

BERSIH 3.0 di Sunderland & Newcastle

BERSIH 3.0 di Aceh

16 comments:

  1. Datang bersih balik kotor

    ReplyDelete
  2. video polis laukkan budak tu sorg2 mmg hangin..

    ReplyDelete
  3. video 1
    dah tangkap lagi nak pukul, bukannya Badang atau Kapten Amerika perlu seorang di pukul ramai ramai,
    video 2
    Sokong Admin...

    ReplyDelete
  4. tu dia...
    ramai nya..
    macam lautan..tapi tu la...
    pemimpin bukak buka mata..
    ego gamaknya..

    ReplyDelete
  5. tahniah & terima kasih semua

    ReplyDelete
  6. assalam, nampaknya rakyat benor2 mahukan perubahan....tgk PRU 13 nanti

    ReplyDelete
  7. salam ukhwah.
    bismillah.awalnya kemaafan dimulakan. hanya pendpt insan yg kerdil. dilihat semua org mahukan pentadbiran baru bagi negara malaysia.alhamdulillah..desakan dan keghairahan ank2 muda, pejuang2 muda mahukan pentadbiran baru. alhamdulillah sekurang-kurangnya malaysia sudah ada pejuang. namun janganlah dek kerana keghairahan kita tersalah memilih jalan. belajarlah dari negara2 islam yg sudah jatuh angakara demonstrasi...tiada hasil..dan negara islam tiada taringnya lg..yahudi pula mengambil kesempatan...jgn kita ulang kesilapan mereka.. kalu sekarang ambiga..(seorang aktivis yg terang-terangan menentang islam dan memohon seks bebas dan hubungan sesama jenis dihalalkan secara perundangan) sudah mampu menguasai org islam dgn ajakannya untuk berdemonstrasi tdk mustahil satu hr jika keghairahan mahu menukar pentadbiran boleh mejadikan ambiga sebgai pemimpin(walaupun skrg beliau menafikan). ini kerana pakatan pembangkang yang paling berkuasa adalah pkr bukan pas..jika anuar bcome a leader who can replace him after he die @ slps die digulingkan? ambiga n d geng?...pas?...jelas lg bersuluh ambiga akan berdemonstrasi lagi untuk BERSIH kan islam dlm dunia pentadbiran malaysia jika pas dipilih menjadi leader Malaysia..pernah anda terfikir hal sedemikian?..atau anda mmg sudah ada persediaan kearah itu..demonstrasi lagi utk menentang ambiga pula..dan akan berdemonstrasi lg dan lg dan lg..dan lg...fikirkanlah mujahid2 islam malaysia sekalian bagaimana mahu membetulkan kekurangan yang kamu laungkan tersebut dgn ideolagi baru lagi segar utk memperbaiki kerajaan sekarang bukan menjatuhkan( maaf..dlm blog penyokong bersih yg len..ada memaklumkan bersih bukan utk menggulingkan kerajaan tp utk menuntut hak..wallu'alam)..bukan hanya mencedok demontrasi ajaran barat. ramai yg melaungkan pejuangan seperti pejuangan rasulluallah..tp dimana?...ala kulli hal..maaf andai bicara salah krn sgla kekurangan adlh dr kelemahan diri ana sendiri..dn segala kebaikan semuanta dtg dr Allah. wallu'alam.

    sila lihat link
    perbezaan pendapat ulama adalah wujudnya kebaikan yang pelbagai utk semua pihak.http://bincang.net/forum/showthread.php?113650-Demonstrasi-BERSIH-2-0-Ulasan-Dan-Nasihat-Ilmuan-Salafi

    ReplyDelete
  8. salam, saya menerima pendapat tuan...mungkin ada benarnya...tetapi Tuan tak usah risau ttg ambiga. PAS parti antara yang veteran dan berpengalamn luas soal politik dan sejarah liku2 perjuangan byk mematangkan mereka. Kalau musuh Islam menguasai, saya yakin dan percaya PAS tidak akan duduk memerhati sahaja. Lihat sahaja isu Memali dahulu bagaimana mereka sanggup bersabung nyawa...ini kan pula rakan seperjuangan yang sesat. Pemuda PAS sudah lama menghantar bantahan soal perjuangan ambiga...mereka tetap tidak setuju.

    Ttg nasihat ulama salafi? Mohon maaf saya menolak penuh segala bentuk fahaman Wahabi/Salafi/Kaum Muda. Bukan ekstrim dgn mazhab tetapi kecewa sikap ulama2 mereka yang terlebih biadap dgn para ulama Muktabar. Soal fiqh, saya tolak terus Wahabi...cth mudah ulama muda UMNO.

    ReplyDelete
  9. Salam...terkedu membaca catatan perjalanan azhan..sememangnya sebuah perjuangan ikhlas memerlukan pengorbanan dan kehilangan nyawa....so demi perubahan pada sistem yang berat sebelah...kita wajar menuntut hak kita...

    ReplyDelete
  10. terima kasih kerana terbuka minda berbicara secara berilmu bukan kerana emosi semata..anda seorang mujahid yg hebat..apabila boleh berbicara demi kebaikan... alhamdulillah..tp saudara azahan...itulah yg membimbangkan ana dan sahabat2..apabila kite akan berjuang dengan musuh islam apabila keadaan itu berlaku(na'uzubillah)...itulah yang dari sekarang kita perlu perjuangkan...jangan sampai negara kita sampai ke tahap itu..mereka x mungkin akan mengikut telunjuk kita bila mereka sudah berada di atas..terpaksa berjuang sekali lagi mempertahankan negara dari musuh islam..sekarang mereka masih dibwh naungan kita.. masih terpaksa mengikut perlembangaan kita..tp bila mereka ada kuasa untuk menggubal undang2..itulah yg dikhuatiri..israel merampas secara haram dikhuatiri mereka meramaps secara halal pula..wallu'alam..
    berkaitan dengan pendapat ulama nie..bersama-samalah kita bermuhasasah diri..boleh rujuk..solusi-keluaran telaga biru isu 43...syukran..semoga bicara ilmu ini mendapat manfaat serta barakah dan dijauhkan dari perbalahan yg akan merugikan umat islam itu sendiri...wallahu'alam.

    ReplyDelete
  11. salam kembali sahabat, diharap komen2 kemudian disertakan nama supaya sahabat2 lain dapat mengenali dgn lebih baik =)

    insyaAllah, saya percaya semua umat Islam cintakan keamanan dan keadilan. Walaupun berbeza wadah, insyaAllah matlamat tetap sama. Ada ketika kita berbeza, tapi masih byk yang terbuka utk duduk bersama.

    Tentang kebimbngan itu sudah lama sejak kerusi2 wakil rakyat di parlimen utk Islam tidak mampu menggubal/memperoleh majoriti 2/3 dewan...antara "kesilapan teknikal kecil" yang membahayakan masa depan umat.

    Ya, benar...saya baru membelek solusi tersebut...kupasan baik walaupun saya dulu sedikit kecewa dgn tulisan sebuah novel penulis artikel tersebut =) Berbeza soal Fiqh, bukan bermakna membenci...terus menghormati =)

    ReplyDelete
  12. @fatmasha: salam kak, terima kasih sudi membaca. Tak dak apa yang boleh dijadikan cth sgt perjalanan sy ni...byk yang silap dan salahnya. InsyaAllah moga kita ikhlas beragama.. =)

    ReplyDelete
  13. maaf menggunakan anonymous..sy tiada url id utk dikongsi bersama...sy suka membaca dan berkongsi pendpt namun tdk bijak mengulas entry sendiri...mohon terus berkongsi ilmu saudara(^_^)..

    berkaitan dgn ulasan saudara berkaitan 2/3 majority..menggubal undang2 tdk semudah abc..ana pernah menuntut dlm jurusan undang2..cuma ana x sehebat mana kerana x mengamalkannya(x bermnt utk meneruskannya)..hanya teori tanpa practice...jd sy x mahu menguls krn jika x cukup ilmu dan mahir, dkupas juga ibarat menampakkan kebodohan ana sendiri...

    cma kesimpulan yg ana cube sampaikan saudara..setiap kerajaan yg memerintah ( tdk kira negara mana ) pasti akan terdapat lacuna dlm beberapa sistemnya ( mungkin ada yg kata " itulah x mahu ikut hukum ALLAH s.w.t - ia betul sy setuju 100%- next topic may b..i'allah ) kerana itu perlu wujudnya pembangkang..utk apa..utk memperbaiki sistem sedia ada..bukan menggulingkan sepertimana yg elah berlaku dinegara2 islam yg len(yg hingga kini tiada manfaat besar tp dimanipulasi pula oleh puak2 yahudi)..dr pemerhatian ana ( neutral...tdk bias kpd mana2 parti politik di malaysia )..pas banyak membantu memperbaiki sistem pemerintahan..sistem pendidikan contohnya, sek2 agama rakyat dan pondok semakin dihormati dan dikenali..kini setiap badan kerajaan dan swasta sudah ada pegawai syariah sendiri..(utk sebuah permulaan)inilah yg kita mahu..give n take kedua2 belah pihak walau masing2 ego utk mengakui ...tp berbezza pula peranan parti pembangkang yg lain yg ana lihat hanya mahu memporak perandakan institusi..cuma ana secara peribadi serta sahabat2 ana sedikit terkilan apabila demonstrasi dijalankan...hari ini niat di lakukan demi kebaikan..tp esok luse ank cucu kita mniru demi sebuah tuntutan yang mereka mahukan (jika kebaikan al-hamdulillah jika tidak-nauzubillah) kita telah mengajar mereka sesuatu wadah yg tidak elok untuk dicontohi...ORG LUAR yg mahukan negara islam seperti malaysia jatuh sedang mengintai peluang dan ruang utk terus mengapi-apikan kita yg terlalu ghairah utk menukar petadbiran..dan akhirnya negara tergadai dan sekaligus meletakkan islam dihujung tanduk(nauzubillah)

    Namun perbezaan kita ni saudara adalah sebuah rahmat dan nikmat Allah..kerana itu pentingnya duduk dimeja runding sepertimana yg diajar rasullullah.. شو رى - مشوارةwalau kita berbeza tp matlamat kita sama...I'allah rahmat itu sentiasa ada apabila kita ikhlas kerana Allah dan agamanya.semoga perjuangan kita membuahkan hasil yg sama dihujungnya..I'allah.

    ukhwah fillah wa min barakatillah..
    sofea aliyyah zakaria

    ReplyDelete
  14. Bersih 4.0 kena ready betul2..kali ini kalau penjahat binatang itu menjual kita akan membeli secara borong....ingat kita tunggul mati ke nak hentam ikut suka mak bapak dia....ingat kesabaran kita tak de batasan ke???

    ReplyDelete
  15. dan mereka berhimpun, berkumpul
    berjalan bergerak, serentak
    melaung hak, menyentak
    sang pendukung kuasa
    agar kembalikan keadilan
    kami berhak, bersuara dan bantah!
    kami berhak, tuntut dan desak!
    kami berhak, bingkas dan lawan!
    segala yang tidak, adil dan seimbang!
    kami desak, tanggalkan segala kotoran!
    kami tuntut segala, biar putih dan bersih!
    (meski hati ini, tidak sebersih mana…)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...