Pages - Menu

3.1.12

Kedengkian Musuh Islam Dalam Kalangan Umat | Gambar Ustaz Azhar Disamakan Dengan Yahudi!

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA

Sambutan Tahun Baru 2012 yang berlangsung di Dataran Shah Alam menjadi bahan fitnah dan kedengkian kepada Ust Azhar Idrus yang berjaya menarik hampir 80 ribu majoritinya adalah anak2 muda!!! Sehingga menenggelamkan sambutan konsert Battle Of The Band yang turut sama menjayakan program pada malam sama di I-City. Keseluruhan umat berbangga dengan tarikan dan sambutan tersebut…tapi ada juga yang tak menyenanginya….

Alternatif yang lebih ISLAMIK dalam sambutan Ambang Tahun Baru 2012 telah menjadi bahan kedengkian sebahagian besar musuh2 Islam yang berasal daripada umat kita juga… Yang menjjijikkan adalah menyamakan UAI dgn pendakwah YAHUDI! Perggggghhhh…! laknat punya manusia yang biadap dgn ulama ni! Aku dah agak dah puak mana punya kerja ni….antara puak yang selalu kena “belasah” dalam kuliah UAI… Bukan mudah menarik pendengar anak muda kepada agama… UAI adalah ikon baru dakwah kepada anak muda!

Dulu aku sempat belajar Muzik sekejap ketika persediaan Degree…sempatlah belajar main rekorder dgn keyboard… Kalau kita buka kembali sejarah2 muzik tamaduan Islam yang lalu…jika menghukum instrumen bertali haram…?? Tokoh2 terkenal seperti Al-Farabi terlebih dahulu mencipta alat muzik bertali…iaitu Rabab dan Qanun. Ibnu Sina juga merupakan antara tokoh yang mengembangkan instrumen muzik bertali ni…

Tiada dalil yang shahih tentang larangan bermain alat muzik ni… selagi mana tak lalai dengan suruhan agama adalah dibenarkan. Muzik dalam alunan Nasyid moden dan kotemporari juga menggunakan gitar dan sebahagian alat muzik moden yang lain seperti dram dan piano…tetapi tujuan utama menarik umat dengan hiburan Islam di samping mendekatkan diri kepada Allah. Perjuangan Islam tiada yang mudah…kadang2 musuh datang daripada kalangan umat sendiri…moga Allah tetapkan hati, memudahkan segala urusan UAI dan insan2 yang cintakan ilmu-NYA…

Umat Islam Ikut Yahudi? 

  1. Kalau kita tak nak ikut Yahudi…kita jangan main Facebook…Mark Zuckerberg adalah Yahudi.
  2. Tak nak ikut Yahudi…jangan percaya Teori Relativiti (cahaya bergerak lurus)penemuan Elbert Enstein…Yahudi Totok German!
  3. Lepas ni jangan naik keretaHenry Ford, manusia pertama cipta kereta zaman moden…ni kepala Yahudi Freemason. H.Ford pernah terbit sebuah buku yg diharamkan utk membongkar Freemason.
  4. Pergi kerja jangan pakai kemeja dan tali leher…itu jelas bukan pakaian orang Islam…lebih buruk bowtie yang punya maksud yang menjelikkan.
ustazazhar_n_rabbi2

"Setiap pendengar sebenarnya merupakan orang yang paling mahir dalam menentukan hukum seni muzik. Sekiranya nyanyian tersebut terdapat unsur yang menaikkan syahwat, mendorong ke arah kejahatan, menjadi lalai dan leka untuk menyerjakan ibadah, maka menjadi kewajipan atas setiap pendengar untuk menjauhinya dan menutup pintu fitnah itu demi memelihara dirinya dan agama."-Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi.

12 comments:

  1. -,- jadi salah ke ustaz azhar maen gitar tuh ?


    follow me at http://tyrantwritter.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. manusia dengki..biasa la...bile rase ilmu mereka lebih sikit dr ustat azhar...mereka anggap diri mereka lagi hebat...

    ReplyDelete
  3. sy nk ckp tahniah kat Ustaz Azhar sbb berjaya tarik minat org muda utk dgr kuliah agama...

    ReplyDelete
  4. Lawak sungguh, semua nak disamakan dengan Yahudi..Seolah2 kita lupa, di KL pun ada pejabat Yahudi (Apco)yg beribu pejabat di Tel Aviv.

    Entri terbaru di blog JR: "Jom Beli Kereta Baru, Harga Cuma RM4,000!!!"

    ReplyDelete
  5. Penerimaan orang muda kepada ISLAM menakutkan segelintir pihak, mungkin. Anak muda sekarang lebih celik dan dahagakan tarbiah.

    ReplyDelete
  6. Nampak sangatlah ada pihak yang cemburu dengan sambutan remaja terhadap UAI. Semoga UAI terus thabat berdakwah walaupun ada pihak yang tak suka....

    ReplyDelete
  7. haa! saya dah dpt agak dari blog mana gambar tu. sebab gambar2 die kat blog die, sume macam tu.. saya termasuk blog die waktu search pasal pelajar berpolitik and demonstrasi AUKU hari tu.. geram betul sy dengan penulis blog tu!

    ReplyDelete
  8. salam, medium utk berdakwah adalah luas dan begitu juga caranya...

    ReplyDelete
  9. salam,

    amat mmbanggakan bila battle of the band tewas di tgn UAI ... isu main gitar tu tak usahlah diperbesar2kan... ini kes jiwa kacau le ni..sume benda nmpk x kena

    ReplyDelete
  10. Memang teruk orang yang mengata Ustaz Idrus tu...

    ReplyDelete
  11. Impak Ustaz nie memang besar, sampai mereka sanggup buat begitu kerana ketakutan pada gelombang besar...

    ReplyDelete
  12. setuju dgn pandangan bernas tu..matlamat tak menghalal kn cara...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...