Pages - Menu

8.1.12

901 Bebas Anwar | Anwar Pemimpin Berpengaruh

Salam untuk semua, moga dirahmati

Esok (9hb Januari 2012) penentu kepada landskap politik negara secara amnya apabila keputusan ke atas DSAI (Anwar Ibrahim) dijatuhkan. Sama ada dipenjarakan atau dibebaskan sama2 nantikan. Aku percaya ramai di luar dah menyampah baca isu liwat DSAI dgn Seppol ni…muak…lucah…merosakkan…! Tak cukup yang tua dirosakkan, budak2 sekolah turut kena tempias apabila akhbar rasmi menjadi bahan bacaan harian sekolah…

Aku tak kisahlah…korang suka atau tidak DSAI…aku tahu ramai juga yang benci…ada ramai yang tak kisah sangat….akhir sekali masih ramai yang kagum dengan DSAI. Walau bagaimanapun tanggapan awam, tiada siapa yang dapat nafikan pengaruh DSAI sejak beliau bergelar mahasiswa UM sehingga menjadi menteri…TPM (zaman Tun M) hingga ke penjara….lalu bebas menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen. Pengaruhnya membawa kepada PRU tahun 1999 dan PRU 2008…

Aku tak nafikan waktu aku sekolah dulu, aku pernah tampalkan sejarah Anwar Ibrahim yang ditulis oleh sebuah majalah pada almari belajar…mungkin sebagai motivasi kepada pelajaran….tiada siapa yang mendorong berbuat begitu…datang atas kesedaran pembacaan, aku yang mentah terasa kagum dengan sejarah hidupnya….sejarah itu masih elok bertampal…biarlah terus di situ kerana sejarah beliau membawa semangat untuk berjaya suatu masa dulu.

Logiknya, jika aku anak muda berusia 20-an hendak diliwat oleh seorang atok berusia 63 tahun…dengan mudah atok itu akan disepak terajang olehku. Tambahan pula aku pemegang tali pinggang hitam =)

Sejarah Ringkas DSAI

Kebangkitan mahasiswa era 70-an adalah kebangkitan Islam di Malaysia selepas zaman kemerdekaan…penubuhan ABIM (DSAI Pengasas) sebagai NGO Islamik yang pertama membawa kepada kesedaran Islam yang lebih jitu sekitar tahun tersebut…Tun M yang lebih berfikiran kebaratan membawa masuk DSAI ke dalam UMNO bagi merealisasikan Islam dalam pentadbiran dengan lebih sistematik…penubuhan UIA, Bank Islam dan Maktab Perguruan Islam adalah ketika kemuncak perkembangan Islam di Malaysia…begitulah antara kesan baik kepada kemasukan DSAI dalam kepimpinan negara ketika itu…walaupun ABIM berpecah seketika apabila ramai yang menentang. Membuka lembaran sejarah Kebangkitan Islam dan Mahasiswa di Malaysia…nama Anwar Ibrahim adalah watak penting yang akan terus kekal sampai bila-bila. (Rujukan:Sebuah buku yang ditulis oleh pensyarah Fakulti Sejarah UM)

Aku mendoakan akan kebaikan. Esok penantian. Apakah DSAI dipenjarakan? Adakah Saiful berjaya? Teruskan mendoakan kerana isu tersebut membawa kepada fitnah yang besar kepada umat Islam. Kebatilan tidak selamanya kekal, kebenaran tidak selamanya gagal…moga Allah membukakan jalan penyelesaian.

4 comments:

  1. Amin ya Allah...
    Engkau tunjukkanlah kpd mereka siapa sebenarnya yg bersalah dan teraniaya ya Allah.. Aminn..

    ReplyDelete
  2. bayangkan beliau difitnah berkaitan urusan pinjaman bank dunia lebih 10 tahun, sehingga ada di antara mereka yang termakan fitnah tersebut sudah tiada lagi, akhirnya di akui dan kita sedia maklum pengakuan siapa terlibat baru baru ini, dan kelmarin Najib juga akui bahawa kerajaan ada meminjam pada 1999, walaupun sudah lebih 10 tahun dinafikan mereka yang mengetahui. Mereka berdiam diri melihat fitnah beranak-pinak atas sebab peribadi. Saya masih ingat akan bangganya Malaysia meminjam dari jepun dan tidak bank dunia. Saya masih teringat akan bon-bon berjumlah tinggi yang bakal masak beberapa tahun lagi dimana faedah yang yang lebih tinggi harus dibayar.... .

    Saya juga teringat berita akhir tahun lepas , seorang pondan dan adik angkatnya seorang perempuan tidak silap berjaya melepaskan diri selepas berkelahi dengan sekumpulan lelaki yang cuba melakukan pekara tidak senonoh terhadap mereka

    ReplyDelete
  3. semoga Allah tunjukkan kebenaran...
    =D

    ReplyDelete
  4. dulu-dulu sy kagum dgn DSAI ni juga sbb baca kisah dia dlm ABIM apa semua..


    tp sekrang x tahulah nk kata..


    tp sy percaya ALLAH akan tunjukkan kebenarannya satu hari nanti

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...