Pages - Menu

13.12.11

Masyarakat bukan Islam Kelantan tak gentar hudud | Bagaimana Umat Islam Pula Yang Gentar?

NONEBeberapa orang anggota masyarakat bukan Islam yang ditemui Malaysiakini di Kota Bharu menolak pandangan bahawa undang-undang hudud yang telahpun diluluskan di negeri itu akan menjejaskan kegiatan ekonomi mereka.

Individu berkenaan sebaliknya berpandangan, undang-undang berkenaan akan dapat mengurangkan kadar jenayah seperti rompakan.
Seorang daripada mereka, yang ingin dikenali sebagai Puan Gan berpendapat penjenayah akan lebih takut untuk melakukan perbuatan itu kerana hukuman berat yang boleh dikenakan melalui undang-undang berkenaan.

Kedai kasutnya itu terletak berhampiran zon bersejarah Kota Bharu yang menempatkan bangunan dan lokasi bersejarah yang menjadi tarikan pelancong, termasuk Balai Syura, Istana Jahar dan Istana Batu. Malangnya, kawasan itu sunyi pada waktu malam dan beliau bimbang keadaan itu akan mengundang kegiatan jenayah.

"Awal tahun ini, kedai emas (di hadapan kedainya) telah dirompak. Sebab itulah sekiranya undang-undang hudud ini dikuatkuasa, orang akan berfikir dua kali sebelum melakukan rompakan," katanya. Wanita kelahiran Selising, Pasir Puteh itu juga yakin hukuman hudud seperti potong tangan akan mengelakkan jenayah seperti itu berlaku.

"Memanglah bunyinya sangat kejam (potong tangan). Tapi sekiranya seorang mangsa ragut terjatuh dan cedera parah, ia akan memberi kesan mendalam kepada keluarga... Mungkin lebih teruk," katanya lagi. Ditanya lanjut, Puan Gan juga berpandangan bahawa peraturan keislaman yang diperkenalkan pihak berkuasa tempatan – Majlis Perbandaran Kota Baru Bandaraya Islam – tidak menjejaskan beliau.

Peraturan tersebut termasuk denda yang dikenakan ke atas wanita Islam untuk kesalahan tidak menutup aurat, termasuk tidak memakai baju berlengan panjang. "Saya tidak fikir ia memberi kesan sangat kepada kita, malah orang Cina di sinipun berpakaian sopan, mungkin kita lebih konservatif," katanya yang menambah peraturan itu tidak dikuatkuasakan dengan ketat.

Beliau bagaimanapun terkejut apabila diberitahu bahawa ramai golongan bukan Islam di pantai barat Malaysia menentang hudud dan hukuman berkenaan. "Kadang-kadang saya rasa surat khabar mainkan isu ini banyak sangat," katanya lagi.

Azhan: Aku copy-paste daripada Malaysiakini…aku tertarik dengan tajuk ni…kagum sebenarnya…Kelantan bukan sahaja berjaya membentuk fikrah(pemikiran) umat Islam tetapi bukan Islam turut merasai keadilan Islam…subhanallah!! Moga Allah memberikan hidayah dan taufik kepada semua =)

5 comments:

  1. erm...
    orang bukan islam boleh terima..
    inikan lagi kita....

    ReplyDelete
  2. Jawapan ana senangjer akhi, kerana sifat munafiq menguasai diri.....

    ReplyDelete
  3. betul tu, wa sokong ngan kata2 bro...

    ReplyDelete
  4. org yg takut dgn hudud ni takut dengan bayang-bayang sendiri...kalau tak buat salah nape perlu takut?

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...