Pages - Menu

21.12.11

35 Kali Tikaman Kerana Cemburu!

TEMPAT KEJADIAN...kawasan kediaman mangsa di Jalan Puncak Desa, Kepong. Gambar kecil, Mohd Yusak, reda.TEMPAT KEJADIAN...kawasan kediaman mangsa di Jalan Puncak Desa, Kepong. Gambar kecil, Mohd Yusak, reda.

KUALA LUMPUR: Dalam kesengsaraan dan berlumuran darah selepas ditikam 35 kali di seluruh tubuh, seorang wanita masih mampu mengesot lima meter untuk meminta pertolongan orang ramai menerusi tingkap rumah sewanya di Jalan Puncak Desa, Kepong, awal pagi semalam. Bagaimanapun, Rozana Mohd Yusak, 35, yang dihantar ke Hospital Selayang oleh jiran, meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital jam 2.10 pagi.

Sebelum itu, pada jam 1.30 pagi, mangsa yang juga kerani bank ditikam dengan objek tajam 35 kali di seluruh tubuh termasuk lengan kiri, paha, bahu, rusuk dan belakang badan di dalam rumah sewanya ketika dia bersendirian. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan ada seorang wanita berlumuran darah akibat kesan tikaman di sebuah rumah kedai pada jam 1.55 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa ditikam di ruang tamu rumah sewanya dan mengesot ke arah tingkap untuk meminta pertolongan. Metro

Azhan: 35 kali tikaman? Apa manusia sudah tidak ada hati??

12 comments:

  1. Org kata hati kaldu - dah tak ada rasa bagai kita membunuh nyamuk yg menghisap darah kita. Syaitan pun memilih siapa utk didekati... manusia yg punya akal dan naluri hilang pegangan hanya kerana cemburu - na'uzubillah himinzalik...

    Moga keluarganya redha dan istiqamah...

    ReplyDelete
  2. Macam tak selamat lagi tinggal di Malaysia, jenayah terlampau banyak...


    Tajuk entri terbaru di blog JR: 'Pelakon, Ustaz, Perogol: Hmmm....Bodo Punya Orang!!!'

    ReplyDelete
  3. erm..
    manusia yg kejam..
    tp tadi tgk kat kedai..
    paper kosmo tulis 15 tikaman..
    kat metro 35 tikaman...
    mana satu lah yg betol...

    ReplyDelete
  4. salam, menunjukkan kita semakin tipis iman, dosa pahala tidak dikira...janji hati biar puas, yg ditunggang oleh syaitan...

    ReplyDelete
  5. fuh bapak kejamnye...manusia akhir zaman.

    ReplyDelete
  6. tu dia..
    cenmburu apa macam tu..
    tu bukan cemburu lagi dah tapi dah
    disampuk jembalang\..

    ReplyDelete
  7. xde perasaan ke org yg membunuh tu??

    ReplyDelete
  8. 35 kali tikam.... pergh takutnya, tikam penikam tu balik!

    ReplyDelete
  9. suspek tu boleh tidur malam ke lepas buat jenayah..??

    ReplyDelete
  10. ngeri lah...cemburu pnye psl, sampai nk tikam2..haii manusia dah semakin hilang iman dan akal..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...