Pages - Menu

11.11.11

Tragedi 11.11.11 | Kemalangan Ngeri Bas-Lori

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam timbunan pasir.


SLIM RIVER – Tarikh 11.11.11 yang ditunggu ramai orang bagi melaksanakan sesuatu perkara penting dalam hidup memberi makna sebaliknya kepada empat mangsa yang terbunuh di Kilometer 382, Lebuh Raya Utara-Selatan yang terletak 100 meter dari hentian sebelah Behrang dekat sini semalam.

Tragedi pukul 4.30 pagi itu amat tragis kerana tiga daripada mangsa yang terbunuh merupakan penumpang bas membawa rombongan 36 pelajar dan tiga guru bercuti di Genting Highlands, Pahang. Mereka sebelum itu terselamat selepas bas terbalik.

Namun kira-kira 10 minit selepas semua peserta rombongan itu keluar dari bas yang terbalik, sebuah treler membawa guni pasir pula melanggar bahagian belakang bas tersebut yang berada di lorong paling kiri sebelum treler itu menyondol kumpulan rombongan yang berada di luar bas. 4 orang terkorban dalam kejadian itu.

sumber: Kosmo

Azhan: Salam takziah buat sahabat2 yang telah kembali kerahmatullah. Memang tragis sebenarnya, kisahnya utk menyelamatkan sahabat2 yang terperangkap tetapi datang pula lori merempu…Al Fatihah. Berhati2 di jalan raya.

3 comments:

  1. takziah diucapkan..al-fatihah :(

    ReplyDelete
  2. Takziah... Anak aku pun gi sana juga ... (risau)

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah...tahun lepas 10.10.10 ado kemalangan yang dasyat gak kan...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...