Pages - Menu

14.11.11

Tahniah PISMP SEM 8 IPG SeMalaysia!

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA

Beberapa langkah lagi, aku bakal tinggalkan pusat pengajian di pinggir kota raya…lewat petang semalam aku selesaikan peperiksaan kertas terakhir (Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu-14hb November 2011). Soalan susah…boleh tahan juga nak jawab memerahkan kepala yang kosong ni. Akibat belajar di saat2 akhir…huh!

Aku nak ucap tahniah kepada semua sahabat2 PSIMP Sem 8 IPG (2011) yang telah berjaya dan bakal menamatkan pengajian masing2 tak lama lagi. Lepas ni KISSM (induksi) dan temu duga penjawat awam, itu sahaja tembok yang menghalang di hadapan sekarang…tetapi dah lepas tembok tu nanti mungkin akan datang pelbagai jenis tembok lagi…ada yang rendah, tinggi, berkawat besi, malah tidak kurang disalut bara api. Pandai2lah kita menyusun kaki, tenaga, fokus untuk melepasinya tanpa cedera malah tersenyum gembira nanti…

Aku secara peribadi memang sedih juga nak tinggalkan semua kawan2, yalah...5 tahun 6 bulan susah senang bersama. Kalau tanya tentang pengalaman dan kenangan tu, susah nak cerita satu persatu…mungkin beberapa buah novel belum tentu semua dapat dikisahkan. (over pulak gambaran aku ni..hehe)

Aku doakan buat kalian, sahabat guru IPG SeMalaysia. Moga menjadi pendidik yang penuh bertanggungjawab bermula di tahun hadapan. Niat hati kerana-NYA, mudah2an kerjaya itu tidak sekadar sumber wang semata…biar berlalu dengan ibadah yang kekal ganjaran berlipat ganda. Moga Allah merahmati warga pendidik =)

*Tahun depan sesi persekolahan 9 Jam(percubaan)…kesianlah hampa no cikgu2…

7 comments:

  1. Apa pun itu semua boleh di anggap kenangan manis dan menimba pengalaman.... Insya Allah selepas ni induksi dan temuduga diharap melepasinya nanti...


    EEHHHH ada satu lagi peperiksaan Jabatan sebelum conform perlu gak tuuu...

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    diy hydro fuel system kereta

    ReplyDelete
  2. dah habes belaja..
    seronok nye...
    hehe..
    =D

    ReplyDelete
  3. perpisahan itu pahit walaupun manis

    ReplyDelete
  4. Tahniah sebab dah tamat pengajian Pismp. =)

    Good luck utk masa-masa yang mendatang. hehhe

    ReplyDelete
  5. tahniah sudah tamat pengajian..teruskn langkah ke arah kejayaan yea ;)

    kawan2 boleh contact via facebook... ;)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...