Pages - Menu

8.11.11

Sejarah Tamadun Yunani Yang Hebat | Krisis Ekonomi Greece

 

Salam untuk semua, moga dirahmati

Sebut saja tamadun Yunani pasti terkenang kembali zaman belajar subjek Sejarah di sekolah menengah dulu. Tamadun Yunani merupakan antara tamadun awal yang muncul sebagai kuasa besar ribuan tahun yang lalu. Antara negara kota yang terdapat dalam tamadun Yunani ini ialah Athens, Sparta,Thebes, Corinth, Olympia dan Argos. Athens merupakan salah sebuah negara kota dalam tamadun Yunani yang paling terkenal. Sehingga pertengahan abad ke-8 SM, Athens seperti negara kota lain di Yunani menjalankan pemerintahan secara monarki (beraja).

Tamadun Yunani juga banyak melahirkan pemikir2 ulung seperti Socrates, Plato dan Aristotle yang menjadi rujukan2 khusus ahli falsafah sehingga kini. Namun sejarah tetap tertulis cantik dan indah, bagi mengekalkannya amat sukar tetapi sekadar menjadi tatapan dan buku kisah lampau semata. Greece negara kecil yang pernah membangun sebagai rujukan tamadun dunia bergolak akibat krisis ekonominya yang merudum teruk sehingga mencapai aras muflis. Salah satu punca utama adalah sikap boros kerana Greece pernah menjadi lambang kekayaan dan kehidupan mewah apabila berada di tangga ke 31 kedudukan ekonomi tertinggi di dunia.

Greece mempunyai jumlah hutang yang hampir mustahil dibayar iaitu sekitar RM1.48 trilion (data 2008) menyebabkan negara-negara seperti Portugal, Sepanyol dan Italy untuk menerima masalah yang sama. Kebimbangan semakin memuncak dek kerana penarafan hutang luar Greece diturunkan ke tahap `sampah’ oleh Standard & Poor’s dan krisis hutang  Greece menjadi tidak terkawal. Hakikatnya, masalah Greece sudah lama diketahui kerana dasar berbelanja yang besar, termasuk mengadakan Sukan Olimpik pada 2004 (RM34 bilion dibelanjakan) yang gah tetapi merugikan (Sukan Olimpik pertama dalam zaman moden iaitu 1896 juga diadakan di Greece).

Gelandangan (kehidupan jalanan tanpa rumah)

Pengurus Yayasan Abbe Pierre dan seksyen sosial Palang Merah Perancis, dua organisasi yang menguruskan hal orang gelandangan di Greece berkenaan memberitahu, jumlah gelandangan telah meningkat dari 130,000 ke 150,000 pada awal tahun 2011, iaitu lebih 100,000 dari tahun 2008. Dahsyat! Angka yang menakutkan apabila terbayang2 kalau kita mengalami kehidupan di jalanan tanpa rumah dan tempat menginap yang baik, jauh sekali untuk menaip2 blog lagi...

Selalu manusia terleka dgn keagungan sejarah lalu, walaupun begitu tidak salah terus menjadi sejarah kegemilangan sebagai tanda aras masa kini tetapi tidak mustahil juga kegemilangan mudah sahaja diroboh angkara kezaliman pemimpin sendiri. Apakah Malaysia mengambil ikhtibar daripada kisah negara bersejarah Greece yang sedang bertarung nyawa dengan lautan hutang yang terus melemaskan mereka?

10 comments:

  1. Nice.. tp bla bab sejarah kt skolah ja mst mngntuk :D

    ReplyDelete
  2. hahaha.. sejarah yer.. kalakar bila ingat masa sekolah dulu dok ngapal sejarah ni.. heehehe..

    ReplyDelete
  3. salam;
    Harap2 pemimpin tidak segelojoh pemimpin Greece.

    ReplyDelete
  4. betul tu ambil iktibar dari sejarah ni dan masa kini..

    ReplyDelete
  5. Melihat bagaimana yg kaya raya jadi miskin kakak bimbang negara kita akan jadi begitu bila melihat situasi sekarang. SO... pilihlah mereka yg paling dipercayai sebagai pemimpin kita sebelum terjadi macam ini.

    ReplyDelete
  6. err.. lemah pasal sejarah ni..
    tp, nice entry! :) bagus untuk tambah pengetahuan ni..

    ReplyDelete
  7. seronok plak baca sejarah ni...tapi lagi seronok kalau semua orang l;ebih kenal sejarah islam...sebenarnya tak wujud pun paleolitik tu semua...

    ReplyDelete
  8. hish.. ramai betul... syukur kite dok malaysia ni... paling2 ada gak rumah walaupun kecik dan menyewa...

    ReplyDelete
  9. kat malaysia, krisis kewangan sebab banyak 'grease'

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...