Pages - Menu

16.11.11

Tahniah Buat Murid UPSR 2011! | Kenapa Akademik Terlalu Dipentingkan???

Salam untuk semua, moga dirahmati

Hari ini diumumkan keputusan USPSR bagi sekolah2 seluruh negara. Pertama sekali nak ucap tahniah kepada semua adik2 dan kepada sahabat2 yang mempunyai anak atau adik yang telah berjaya memperoleh  keptusan cemerlang. Yang gagal memperoleh keputusan yang baik tak perlu kecewa, kerana UPSR hanya permulaan yang terlalu awal untuk dinilai.

Kepada sepupu, Nurul Huda Basri tahniah atas kejayaan memperoleh 5A. Teruskan kecemerlangan masa akan datang! Teringat dulu aku UPSR, pergi tuisyen naik basikal ja…jauh pulak tu. Pergi ramai2 dgn kawan2…sampai tempat tuisyen dah berpeluh2 baju ni…huh! Budak2, mana la tahu penat, sekarang ni kalau suruh berkayuh semula penat juga rasanya…aku rasa sahabat2 juga punya pengalaman tersendiri era sekolah rendah dulu…zaman berhingus2 lagi…haha

Akhir sekali, kepada anak2 murid SK Seri Setia (bekas sekolah praktikum) tahniah kepada yang semua!!! Sebahagian mak ayah kecewa dan malu apabila anak2 tak capai keputusan baik dalam akademik, tak lulus exam sampai merotan, marah2 si anak…tapi mak ayah tak kisah, tak ambil peduli pun kalau anak2nya tak solat, tak pandai baca quran…tak pula dicarinya tuisyen untuk berhabis wang ringgit untuk akhirat si kecil…mengimbanginya supaya berjaya dunia akhirat =)

6 comments:

  1. semuanya perlu seimbang-akademik,rohani dan jasmani, kemahiran. akademik semata2 xmenjamin hidup dunia n akhirat.

    ReplyDelete
  2. salam...

    tahniah kepada yg berjaya...

    ReplyDelete
  3. Tahniah buat yang berjaya....
    Yang dpt keputusan yg kurang memuaskan.... cuba lagi... masih ada exam besar lain yg perlu dihadapi...
    Buktikan... anda boleh berjaya di masa hadapan... Insya-Allah...

    ReplyDelete
  4. tahniah kepada semua2 pelajar UPSR...

    xpa..ini baru permulaan untuk mereka...masih ada PMR dan SPM..

    ReplyDelete
  5. BETUL JUGAK YANG KO KATA.... AKEDEMIK PENTING TAPI LEBIH PENTING JAGA SOLAT ...

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    diy paint protection film

    ReplyDelete
  6. hidup skrg lebih mementingkn pndidikan duniawi dr akhirat...biarlah seimbang....

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...