Pages - Menu

15.11.11

Sos Cili 1 Malaysia Membahayakan???

Malaysiakini - Ujian makmal ke atas sos cili yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mendapati tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan dalam Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Dalam laporan draf penyelidikan perbandingan produk yang diperolehi olehMalaysiakini, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) mendapati 3.64 ppm plumbum dan 0.08 ppm raksa atau merkuri dalam sos cili 1Malaysia. Sedangkan, tahap yang dibenarkan untuk sos cili adalah 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa.

Laporan itu membandingkan sos cili jenama 1Malaysia dengan tiga jenama lain, iaitu Tesco Value, Life dan Lingham. Semua jenama berkenaan didapati mematuhi had yang ditetapkan, malah kadar mereka juga jauh lebih rendah daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.

Ujian bagi produk berkenaan dijalankan oleh Unipeq Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditauliahkan di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) oleh Jabatan Standard Malaysia.

Azhan: Berwapadalah dengan 1 Malaysia…cari jenama yang lebih meyakini anda!

8 comments:

  1. wat msa skrg ni,,lum pena lg bli brngn 1 Malaysia

    ReplyDelete
  2. salam, utk kebaikan dan kesihatan memilih makanan yang baik2 =)

    ReplyDelete
  3. risaunya dgn kualiti makanan sekarang..

    ReplyDelete
  4. kalau ada kat sini pun saya tak akan beli produk camnie, tetapi kalau kalau lepas pilihan raya mungkin akan beli kut buat kenang-kenangan, sebab buka tutup kedai 1 malaysia ini ada pergantungan...

    ReplyDelete
  5. OOHHHH BEGITU CERITA NYERRR.... KALAU DAH NAK MURAH SANGAT PAYAH JUGAK YERR

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    diy paint protection film

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...