Pages - Menu

5.9.11

Kekeliruan Bendera Malaysia dan Amerika Punca Tragedi Noramfaizul?



Mogadishu - Kerajaan Somalia hari ini mengeluarkan laporan lengkap mengenai kematian jurugambar warga Malaysia yang diserang hendap. Antara yang berada dalam laporan tersebut ialah kekeliruan kumpulan2 pejuang membezakan bendera Malaysia dengan Amerika Syarikat

Kumpulan2 pejuang di Somalia tidak pernah dengar nama Malaysia. Dan sentimen anti Amerika (Syarikat), sangat tinggi di sini. Kami (kerajaan Somalia) sudah mengeluarkan garis panduan dan amaran mengenai sentimen anti Amerika Syarikat. Tetapi pihak Malaysia berkeras mahu mempamerkan bendera Malaysia kerana misi ini adalah misi publisiti politik negara mereka." Jelas jurucakap kerajaan Somalia. - UmmiAnni.

Azhan: Isu bendera mungkin isu terlalu kecil untuk dipersalahkan kerana kewujudan bendera itu sudah lama, tetapi apabila dilihat kepada skop misi kemanusiaan yang sedang giat dijalankan di Somalia, sepatutnya mereka lebih memahami kerana kedatangan aktivis2 dari luar negara ke Somalia bukan untuk berperang tetapi membantu.

Begitulah simptom US sebagai negara pengganas sangat tinggi di negara2 Islam, menjadikan Malaysia mangsa serangan di Somalia. Mungkin Malaysia perlu melakukan perubahan mewujudkan bendera baharu? Atau mencari alternatif yang lain supaya misi kemanusiaan yang akan datang tidak terjadi lagi tragedi seumpama ini. AL Fatihah untuk pejuang negara Allahyarham Noramfaizul Mad Noor.

19 comments:

  1. kita harus bijak menangani isu semasa seperti ini. jgn pertikai atau perlekeh bendera Malaysia. Al-Fatihah buat pejuang.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.

    hmm.. alfatihah for him.

    hmm. setuju kata encik. hmm,,pasal bendera jadi punca? mungkin ya mungkin tak.

    tapi sebenarnya misi menyelamat ni wajarnya dengan kawalan keselamatan yg cukup ketat. especially negara yang memang tgh hot dengan isu2 politik.

    tapi, nak salahkan siapa memang tak boleh kan. Allah dah janjikannya begitu. cuma, kena lebih beringat dan hati2 lepas ni. Semoga rohnya dicucuri rahmat. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. alfatihah untuk beliau....

    mungkin ada jln penyelesaian lain... jalur gemilang sudah lama berkibar...tak mungkin la akan ditukar... hurm...

    ReplyDelete
  4. Salam. Al Fatihah untuk arwah semogo Rohnya dirahmati Allah.
    Pada pandangan saya isu keselamatan yang penting. Memang ajal dimana saja. Tapi kita mestilah berwaspada Dan persiapan untuk diri kita mestilah sediakan serapinya.

    Banyak pandangan dihujah kapada Dato Azzez ketua missi ini. Bagi saya Dato Azeez mestilah bertanggung jawab. Jangan babitkan politik dalam isu ini.. Niat Dan nawaitu yang betui..... Semoga kita jadikan iktibar buat kita semua.
    Al Fatihah. Peace be upon RASULLULLAH. SAW.

    ReplyDelete
  5. Al Fatihah bagi wira yg gugur ini.

    ReplyDelete
  6. ish3.. bendera je punca satu nyawa melayang.. tp klu perhati balik, mmg same sgt bndera M'sia dgn US.. hurmmm

    ReplyDelete
  7. Isu bendera mungkin tidak relevan di Malaysia ttp kita harus fikirkan akan sebab mengapa konvoi kita diserang..
    Pd sy,ada kemungkinan disebabkan kekeliruan mengenai bendera krn masyarakat sana tidak mengenali negara kita dan tidak tahu tentang persamaan yg terdapat diantara bendera US dgn bendera Malaysia..
    Jgn samakan pengetahuan am kita disini dgn mereka disana..
    Masalah kita adalah kita sendiri yg melanggar garis panduan yg telah mereka berikan dan akibatnya telah kita saksikan dgn gugurnya org yg tidak berdosa..
    Bukan kita tidak sygkan bendera negara ttp apakah ianya dilihat rasional kita berkeras dlm hal2 keselamatan dikawasan bergolak seperti itu?
    Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sygnya kpd Arwah,kita yg tidak berada disana usahlah buat2 x faham lalu meminta org disana pula memahami kita..mana ada jln mcm tu?

    ReplyDelete
  8. Sebenarnya mereka tak kenal nama Malaysia pun. Kita sahaja yang syok sendiri. Lagipun misi penghantaran bantuan tu adalah atas nama parti politik. Ramai keliru, siapa wira sebenar.

    ReplyDelete
  9. AJAL MAUT DITANGAN TUHAN.. TERIMA SAJALAH... KALAU BUAT SEHABIS BAIK MANAPUN KALAU DAH AJAL, MATI JUGA...

    ReplyDelete
  10. Mungkin benar bendera Malaysia disalahertikan sebagai bendera Amerika oleh puak pemberontak kerana sebenarnya sudah banyak kali konvoi misi bantuan Malaysia diserang hendap sepertimana yang berlaku di terhadap misi bantuan Mercy ke negara Palestin, Iraq dan Afghanistan sebelum ini. Malah kenderaan yang dinaiki oleh Tan Sri Dr. Jamilah Mahmod yang mengetuai misi bantuan di Iraq juga telah ditembak bertubi-tubi oleh puak pemberontak yang amat memusuhi Amerika bahkan bantuan oleh negara penjajah itu pasti ditolak mentah-mentah. Ini telah diakui sendiri oleh pihak berkuasa Iraq dimana puak bersenjata gagal membezakan bendera Malaysia atau Amerika kerana apabila dilihat bendera yang dikibarkan seolah-olah sama! Mereka juga telah memberi nasihat agar hanya mempamerkan logo Palang merah atau bulan sabit disamping bendera UN sahaja.

    ReplyDelete
  11. mmg kite xdpt nk elak daripada maut jika Tuhan dah tentukan hayat hidup kite..namun jika niat sesorg melakukan perkara baik pasti ada balasan yg baik utknya jugak..

    ReplyDelete
  12. Ada kekeliruan siapa sebenarnya yang melepaskan tembakan terhadap konvoi misi bantuan dari Malaysia. Siasatan oleh pihak polis Somalia beserta saksi-saksi telah menyatakan bahawa tembakan ke atas wartawan Malaysia datangnya dari African Union (AU) yang dianggotai tentera brundi dan bukannya oleh pemberontak Al Shahab. Laporan dari saksi kejadian turut mengesahkan bahawa waktu kenderaan yang dinaiki arwah membelok ke kiri masuk perkarangan Hotel, disebelah kanan adalah kenderaan Tentera AU. Tembakan turut dinyatakan oleh saksi dilepaskan dari kenderaan AU menggunakan senjata jenis PKM gpmp yang memang merupakan senjata yang digunakan oleh tentera AU.

    ReplyDelete
  13. Salam,

    Dalam suasana perang atau konflik, lazimnya bendera UN, bulan sabit/palang merah jer orang kibarkan bagi mengelak salah faham dan kekeliruan. Arwah jadi mangsa yg sepatutnya dpt dielakkan. Pulak tu takde jaket keselamatan. Al-Fatihah utk arwah!

    ReplyDelete
  14. al fatihah..
    semoga ditemptkan bersama orng yg soleh..
    ameen...

    ReplyDelete
  15. LOL!

    dah tahu diorang anti amerika jangan la pakai bendera malaysia sebab dah lama dah ada isu bendera malaysia ala2 bendera amerika.

    walaupun kebajikan/misi bantuan.. tapi kalau dh anti-amerika xleh salahkan diorg..

    yang misi ni pun satu.. dah tahu gi negara orang, xde pulak nak sediakan baju kalis peluru

    ape da,.

    takziah utk ahli keluarga Allahyarham

    ReplyDelete
  16. Salam, setuju dgn misnona!, si 'tumbuk muka sendiri' tu memang penyapu buruk. Kita memang syok sendiri. yang pergi sana ramai-ramai buat apa?! kenapalah org somalia tak tembak si 'tumbuk muka sendiri' syok sendiri ni. Cemburu ke dgn kejayaan Dr Jamilah (MERCY MALAYSIA)?

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...