Pages - Menu

4.8.11

Majlis Berbuka Puasa Di Gereja Diserbu JAIS

Exco kerajaan Selangor bagi hal ehwal Islam, Datuk Dr Hasan Ali berkata Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya malam tadi kerana terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

hasan ali umno pas selangor talk quality hotel 300708 05Menurut beliau, maklumat yang diterima mengatakan terdapat kehadiran orang Islam yang hadir pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan.

“Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat. Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan,” kata Dr Hasan (kiri) dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, anggota penguatkuasaan Jais bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di bangunan gereja itu walaupun cuba dihalang oleh pihak penganjur. [Malaysiakini}
 
Azhan: Apa kejadah yang pergi gereja bulan puasa untuk majlis berbuka? Apakah sudah tiada lagi masjid yang penuh barakah untuk mereka berbuka? Umat Islam sendiri menimbulkan fitnah...

6 comments:

  1. knpa diaorg msti kena g gereja utk bukak puasa???bukak puasa g masjid la!! aduhh aiii

    Meh sini: Safee Sali & Amirulhadi Dihina Sebagai Monyet Oleh Isteri Ketua Pasukan Singapura.

    ReplyDelete
  2. aik..
    macam la kat Malaysia ni dah kekurangan masjid...
    bulan2 puasa ni jugak la nak buat hal..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum,

    astaghfirullahal'azim. apa yang dah berlaku dalam dunia ni masih belum nampak agaknya. haish! semoga diberi petunjuk dan diberkati. insyaAllah. astaghfirullaha'zim.

    ReplyDelete
  4. gila punya mb....islam tu diutamakan.....itu yg penting, yang 12 orang tu pun gila jugak, tak pasal2 p gereja...p la masjid....bodoh....kalu nk buat sumbanagan mkn pun..kat tmpat lain berlambak...knp kat gerja..ag satu nikan bulan pose, malam2 owg p terawih,,,,bkn p gereja...bangang tol la

    ReplyDelete
  5. aduhai..kenapa boleh jadi mcm tu...budak2 kecik pn tahu apa itu gereja....

    ReplyDelete
  6. Soalan yang penting ditanya ialah mengapa ada orang Islam digereja dimalam Ramadan yang mulia ini. Saya difahamkan mereka juga berbuka puasa digereja. Bukan kah ini satu yang aneh? Mereka sepatutnya berbuka di masjid atau surau dan menunaikan solat magrib terlebih dahulu sebelum ke gereja kalau perlu. Bagaimana mereka boleh menunaikan solat Magrib kalau digereja?

    Bukankah mereka juga sepatutnya solat isya dan bertarawikh bersama Muslim yang lain?
    Apakah fungsi yang mereka hadiri untuk mengumpul derma yang dianjur oleh pihak komuniti bukan Muslim itu lebih penting dari solat isya dan tarawikh berjamaah?

    Kalau mereka betul2 ingin berderma sepatutnya dibulan ramadan ini mereka berderma kepada anak2 yatim atau infaq fi sabilillah. Apa kaitan nya fungsi di gereja dengan fi sabilillah?

    Saya rasa Muslim2 ini jahil tentang agama Islam dan pihak gereja sengaja menjemput mereka kemajlis digereja untuk menjinak hati mereka kepada agama kristian. Kejahilan mereka terhadap Islam mudah diperalatkan oleh pihak gereja untuk menarik mereka masuk agama kristian.

    Tindakan JAIS adalah wajar dan tepat kali ini.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...